Full Width CSS

Tukar Nama Negeri Serambi Mekah Kepada Negeri Maksiat Bersepah #TukarKelantan #TolakPR

Kalangan anak-anak remaja yang bebas berdua-duan berhampiran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.


Dua ‘Video Grab” menunjukkan pusat hiburan di tengah bandar Kota Bharu.

Suka saya merujuk kepada berita bertajuk Exco Kelantan:
- ‘Hak Karpal Jika Mahu Saman MPKB’ (Sinar Harian Online 26 November 2012)
Kelantan refuses to budge from unisex hair salon ruling (The Star Online 26 November 2012).

Kenyataan YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan adalah tepat dan selari dengan pelaksanaan undang-undang Islam seperti yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed di dalam suratnya kepada MB Kelantan pada 15 Julai 1994.

Takiyuddin Hassan

Tun Dr Mahathir di dalam suratnya mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan kerana PAS hanya bercadang hukum itu diguna ke atas orang Islam sahaja. Penjelasan Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut,

“Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.”

Tun Dr Mahathir turut menyambung,

“Memang benar di zaman Nabi Muhammad S.A.W. orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kita Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbeza dengan hukum-hukum dalam al Quran.”

Tun Dr Mahathir memberi beberapa contoh ketidakadilan dan kezaliman yang boleh berlaku di dalam perlaksanaan hukum hudud PAS itu, antaranya adalah seperti berikut;

(i) Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman.,

(ii) Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kepada undang-undang PAS, jika seseorang wanita belum berkahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat saksi (yang terdiri daripada orang-orang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. Seperti kita ketahui melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang baik.’

(iii) Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Ia bukan bertujuan untuk melakukan kezaliman.

Ringkasnya, hukuman jenayah perlu sama tanpa mengira agama dan keturunan. Tidak boleh ada 2 set hukuman jenayah.

Oleh yang demikian, tindakan Dato’ Takiyuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan adalah langkah permulaan yang tepat sebelum PAS mengorak ke arah perlaksanaan hukum hudud. Antara lain ia membuktikan bahawa PAS tidak mengamalkan double standard. Atau lebih teruk lagi, lulus dan pinda enakmen, tetapi sekadar untuk tujuan politik dan bukan untuk dilaksanakan.

Takiyuddin menjelaskan bahawa larangan pekerja salon perempuan mengunting atau mencuci rambut pelanggan lelaki adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita daripada terdedah kepada elemen gangguan seksual. Berdasarkan kenyataan itu, tidak kiralah apapun agama wanita tersebut, undang-undang berlandaskan pemahaman Islam akan melindungi mereka. Itulah baru keadilan namanya.

Ianya menimbulkan kontroversi dan ada dikalangan pimpinan PAS Kelantan sendiri jelas melahirkan rasa kurang selesa kerana takut kehilangan sokongan masyarakat bukan Islam. Tentangan yang hebat juga diberi boleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.

Takiyuddin dipetik Sinar Harian sebagai berkata,

“Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi dibelakang (ia) dijalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.”

Kerajaan PAS Kelantan harus juga lebih serius menangani isu ini. Saya perhatikan sehingga semalam aktiviti-aktiviti maksiat seperti pelacuran di Limau Manis dan aktiviti pusat hiburan masih berleluasa.

Aktiviti maksiat di tepi jalan berdekatan landasan di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra juga terus rancak.


Remaja berdua-duan di tepi landasan kapal terbang Pengkalan Chepa.

Dimanakah squad AMRU yang ditubuhkan oleh PAS Kelantan? Bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras? Adakah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mengeluarkan lesen pusat hiburan? Sudah tentu begitu banyak gangguan seksual terjadi disini. Masalahnya ialah terdapat begitu ramai pemimpin PAS yang begitu sayangkan undi bukan Melayu dan mengajak kita menutup sebelah mata.

Meletakkan beban ke atas MPKB-BRI adalah tidak tepat. Sebaliknya kita juga harus bertanya, berapa banyakkah peruntukan di dalam bajet surplus yang dibentangkan PAS Kelantan yang bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan MPKB-BRI menangani masalah maksiat dan gejala sosial di dalam Bandar Raya Islam?

Sumber : Kickdafella

Post a Comment

0 Comments