Full Width CSS

Wang Rakyat Selangor Diguna Untuk Cipta Fitnah #1Malaysia #TolakPR


Pendedahan sebuah blog berkenaan dokumen yang didakwa sebagai bukti penajaan kerajaan negeri Selangor ke atas Cybertrooper Pakatan Pembangkang sememangnya bukanlah suatu yang memeranjatkan.

Penulis telah lama menduga perkara ini berlaku.

Mengikut maklumat yang penulis terima sewaktu menghadiri majlis beberapa siri Konvensyen Media Sosial sebelum ini menjelaskan lagi dakwaan diatas. Penulis dimaklumkan akan kecanggihan gajet-gajet yang dimiliki oleh Cybertrooper pembangkang dalam menyebarkan dakyah serta fitnah. Anda mungkin masih ingat, peristiwa “kematian” seorang peserta BERSIH yang digarap sebaik mungkin untuk mengaburi mata rakyat. Lengkap dengan video dan sebagainya. Namun, kuasa Allah lebih dari segalanya, apabila pembohongan mereka didedahkan.

Berbalik kepada persoalan pokok, apakah wajar, wang rakyat digunakan untuk parti? Ini bukanlah kali pertama penyelewengan sedemikian dilakukan oleh kerajaan PKR Selangor. Terdahulu, kerajaan PKR Selangor pernah membiayai majlis PKR di salah sebuah hotel di Petaling Jaya.Cybertrooper seperti yang tercatat di dalam dokumen yang dimaksudkan seperti di atas sememangnya berfungsi untuk memburuk-burukkan kerajaan yang sedia ada. Dari institusi, sehinggalah nilai-nilai murni kita orang Timur terhakis gara-gara penulisan mereka. Cuba bayang, sebuah video Chinadoll yang jelas memperlihatkan wajah seorang pemimpin Pakatan pun mereka nafikan dengan segala upaya. Kebenaran cuba disembunyikan, dan penyakit moral seperti itu seolah-olah boleh dibaratkan sebagai “dihalalkan”.



Kini, tersebar sudah nama yang bertanggungjawab ke atas bayaran kepada penulis-penulis blog pro pakatan iaitu Zakaria Abdul Hamid, Penyelaras Komunikasi Selangor.



Dalam dakyah kononnya wang rakyat digunakan untuk rakyat, rupanya telah terbongkar wang rakyat jugalah yang digunakan untuk mempertahankan kebobrokan moral pemimpin mereka. Bukan itu sahaja, wang rakyat juga digunakan untuk menghuru-harakan rakyat, serta menyebarkan pelbagai tohmahan dan fitnah untuk tujuan kepentingan politik.

Inilah sikap sebenar pakatan, mendabik dada kononnya telus dan amanah. Apakah erti amanah, sedangkan rakyat sedang diracuni dengan pelbagai rekayasa menggunakan wang rakyat Selangor itu sendiri?

Amanah hanyalah retorik, dan rakyat Selangor diperbodohkan dengan hasil negeri sendiri, untuk kepentingan politik semata-mata.

RM3000 sebulan, bayangkan sekiranya ianya bermula pada Mei atau Jun 2008 sehinggalah sekarang. Sudah berapa banyak wang rakyat digunakan untuk meracuni pemikiran rakyat?

Wang rakyat Selangor, bukan wang PKR Selangor!

Post a Comment

1 Comments

  1. minta umno segerakan bayaran kpd bloggers supaya kami dpt lawan blogger PR! jangan janji airliur je! kami juga manusia perlu makan minum, bukan robot!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..