Full Width CSS

Warga Felda Bersyukur Sangat Xenophon Tidak Dibenarkan Masuk #1Malaysia #TolakPR


Kecoh dengan kisah seorang Senator Bebas dari Australia, Nicholas Xenophon yang kononnya telah diletakkan dibawah tahanan dan tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Maka bermaharajalela propaganda dari pihak pembangkang kononnya terdapatnya campur tangan pihak politik yang sengaja menganiayai Xenophon, ‘sahabat karib’ Anwar Ibrahim berikutan laporan dari sebuah portal berita The Australian yang mendakwa Xenophon berada dalam tahanan di Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad menafikan dakwaan tersebut.

Mungkin ada yang tidak berapa pasti kaitan antara Xenophon dengan Anwar Ibrahim.

Xenophon adalah sahabat karib Anwar, malah ketika perbicaraan kes liwat Anwar pada tahun 2010 Xenophon pernah dijemput oleh Anwar secara peribadi untuk menjadi pemerhati didalam perbicaraannya itu.

Apakah tujuan Anwar? Adakah supaya Xenophon boleh ‘mencantikkan’ cerita untuk memburukkan sistem kehakiman negara?

Xenophon juga turut dijemput secara peribadi oleh Anwar untuk turut serta dalam Himpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Agak tertanya-tanya juga, adakah Anwar dan Xenophon ini punya hubungan peribadi yang ‘istimewa’ memandangkan kita semua juga tahu sejauh mana penglibatan Anwar dengan ‘coffee-boynya’.

Namun begitu, warga FELDA pasti tidak akan sesekali melupakan Xenophon.

Sekitar penghujung tahun 2010, Xenophon pernah melancarkan kempen anti minyak sawit dengan propagandanya kononnya minyak sawit ini memudaratkan kesihatan.

Tidak cukup dengan kempen anti minyak sawitnya, Xenophon juga turut mencadangkan Rang Undang-undang kepada Kerajaan Australia untuk menguatkuasakan pelabelan kandungan minyak sawit pada bungkusan makanan. [ RUJUKAN ]

Ditambah lagi, bila Xenophon menyifatkan penanaman kelapa sawit di Asia Tenggara penyebab kepada kepupusan Orang Utan dan mengganggu habitat Orang Utan. [ RUJUKAN ]

Bukankah ini bermakna Xenophon amat membenci FELDA ?

Seperti diketahui umum, Malaysia adalah pengeksport minyak kelapa sawit terbesar dunia.

Jadi, tindakan Xenophon itu jelas dengan sengaja mahu mensabotaj industri sawit negara supaya harga sawit merudum sekaligus menutup periuk nasi para peneroka.

Bagi menjawab tuduhan Xenophon bahawa kononnya miyak sawit dalam makanan memudaratkan kesihatan, adalah sebaiknya Xenophon mendapatkan khidmat pakar pemakanan atau mungkin juga maklumat kelebihan dan khasiat minyak kelapa sawit (KLIK) perlu dialihbahasa supaya memudahkannya untuk lebih memahami.

FELDA telah mula dibangunkan sejak dari 1 Julai 1956, sekiranya FELDA tidak dibangunkan, apakah habitat Orang Utan dan hutan belukar tidak ‘ditarah’?

Sekurang-kurangnya pembangunan FELDA bukan sahaja membantu beribu peneroka malah melalui FELDA juga ekonomi negara dapat dijana dan berkembang dengan pesat.

Tambahan pula Malaysia punya hutan simpan kekal (walaupun di Kedah dan Kelantan pihak pembangkang sebagai kerajaan negeri telah menarah hutan simpan berkenaan dengan rakus untuk penebangan balak).

Sangat jelas Xenophon hanyalah rakan sepakatan Anwar untuk mensabotaj ekonomi Malaysia di peringkat anatarabangsa. [RUJUKAN ]

Oleh itu, memang tepat tindakan untuk menyenarai-hitam Xenophon dari memasuki Malaysia sebelum ini.

Yang nyata, warga FELDA amat senang bilamana Xenophon tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke negara ini kerana Xenophon adalah manusia yang secara jelas dan nyata cuba menabur pasir kedalam periuk nasi semua warga FELDA.

Malah Xenophon cukup rapat dengan Anwar dan rangkaian pembangkang yang tidak berkesudahan membuat kacau dikawasan FELDA.

Sumber : Felda Voice

Post a Comment

0 Comments