Full Width CSS

Siapa Juara Rakyat? #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #ManifestoBN #APromiseofHope


Ada segelintir rakyat yang masih terus menerus menyatakan kepercayaan mereka kepada Anwar Ibrahim untuk menerajui kerajaan Persekutuan selepas PRU akan datang ini. Namun kebanyakan mereka hanya menyatakan pendirian tersebut berdasarkan apa yang mereka lihat dari jauh kelibat Anwar Ibrahim yang kononnya menjadi mangsa 'kerakusan' kerajaan Barisan Nasional (BN).

Silapnya mereka ini adalah kerana kurangnya mencari maklumat dan info² perbezaan antara kerajaan BN dan Anwar Ibrahim. Hal ini perlu diperlihatkan kepada rakyat agar dapat menilai antara fakta atau auta. Siapa yang benar² ikhlas memberi harapan kepada rakyat.


Jika hendak dibandingkan antara kedua² manifesto parti ini, BN dilihat sebagai sebuah kerajaan yang benar² jauh lebih bersedia dengan pengalaman dan pemahaman mereka mengenai harapan rakyat terhadap BN.

Hal ini terbukti apabila terdapat banyak janji BN yang telah ditaburi dan setiap satu daripadanya telah dikotai dan setiap janji² baru akan membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat jelata menjurus kepada setiap lapisan masyarakat. 

Post a Comment

0 Comments