Full Width CSS

#PRU13 : 3 Hari Terakhir, Siapa Calon PR Akan Ditembak Untuk Lakonan Sandiwara #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Percubaan PR untuk merampas kuasa melalui pemberontakan sudah menjadi pengetahuan umum. Siri Himpunan Reformasi dahulu dan sehinggalah siri demonstrasi BERSIH adalah antara percubaan-percubaan merampas kuasa yang tidak menjadi.

Hari ini, PR telah pun mempelajari sesuatu dari siri kegagalan di atas iaitu merampas kuasa melalui pemberontakan besar-besaran adalah sukar kerana majoriti rakyat Malaysia termasuk penyokong mereka tidak sanggup meninggalkan keselesaan di rumah dan lebih gemar ‘berdemonstrasi’ di alam maya, di bawah nikmat penghawa dingin di bilik tidur, pejabat atau diruang tamu rumah masing-masing.Oleh itu, PR memerlukan satu impak yang jauh lebih besar dari sekadar laungan rasuah dan pilihanraya tidak bersih bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Justeru, apakah yang lebih besar itu? Tidak lain tidak bukan, ia haruslah melibatkan insiden ancaman terhadap ‘nyawa’ manusia.

Kita sudah melihat bagaimana soal ‘nyawa’ mampu menggerakkan satu insiden besar. Contohnya, berita palsu mengenai insiden rogol dan bunuh seorang wanita beragama Buddha oleh penduduk Islam Rohingya mampu membawa kepada penghapusan etnik kaum itu di Myanmar.

Lebih mencurigakan kita ialah apabila media pembangkang, Harakahdaily, telah terlebih dahulu ‘membela diri’ dengan membangkitkan perkara ini semalam. Tindakan media itu seolah-olah mengesahkan bahawa insiden sebegini sudah berada di dalam perancangan PR.

Harakahdaily memetik kejadian bekas Presiden Taiwan, Chen Shui Bian yang ditembak sehari sebelum pilihanraya ketika berkempen di Tainan. Dalam kejadian tersebut, Presiden Chen and Naib Presiden Annette Lu sedang melalui kawasan sesak apabila peluru menembusi cermin kenderaan mereka dan menusuki perutnya. Satu lagi peluru menengenai lutut Naib Presiden Lu namun tidak menyebabkan kecedaraan parah kerana lututnya telah sedia berbalut akibat kecederaan lain sebelumnya. Kedua mereka tidak mengalami kecederaan serius di mana Presiden Chen hanya menerima jahitan sepanjang 4.3 inci.

Aktiviti kempen dihentikan tetapi parti mereka berjaya memenangi pilihanraya dengan majoriti 29,500 undi. Para penentang mereka menuduh kejadian itu sebagai ‘lakonan’ bagi mendapat undi simpati. Siasatan forensik awal yang dijalankan tidak dapat menentukan sama ada ia hanya lakonan atau tidak. Akhirnya, polis mengenalpasti seorang suspek iaitu Chen Yi-Hsun, yang mana telah dijumpai membunuh diri sejurus selepas kejadian tersebut.

Berikutan itu, persepsi bahawa kejadian tersebut adalah dirancang oleh Presiden Chen sendiri tidak dapat dihapuskan. Walaupun memenangi pilihanraya itu, beliau kemudiannya ditumbangkan dalam pergolakan pada tahun 2008 dan dipenjara selama 19 bulan atas kesalahan rasuah.

Perlu diingatkan bahawa matlamat utama kejadian ini ialah, ‘simpati’.

Seperti yang dikatakan tadi, pelik sekali apabila Harakahdaily memilih untuk membangkitkan isu ini, dan pada waktu ini.

Dengan hakikat bahawa terdapatnya tangan-tangan asing di belakang PR yang menaja misi pertukaran rejim, maka secara automatik nyawa manusia bukanlah satu masalah besar bagi mereka. Perlu diingatkan bahawa semua pemberontakan yang ditaja oleh pihak asing ini akan pasti berhadapan dengan tragedi kehilangan nyawa kerana itulah satu-satunya cara untuk mempercepatkan proses pemberontakan dan kejatuhan kerajaan.

Sepanjang tempoh berkempen ini kita telah melihat insiden letupan, kebakaran dan juga pergaduhan. Maka bagi menaikkan momentum kegilaan ini, kita menjangkakan insiden tembakan ke atas personaliti yang signifikan di kalangan pemimpin PR sendiri. Ia tidak semestinya membawa kepada kehilangan nyawa, tetapi cukup sekadar mengancam nyawa bagi meraih undi simpati selain menaikkan kemarahan orang ramai.

Seterusnya, dalam sekelip mata, kejadian tersebut akan diheboh dan diperbesarkan di internet oleh tentera kacang merah DAP sehingga ia berjaya membawa mereka turun berdemontrasi, mengganas, memberontak dan seterusnya menumbangkan kerajaan.

Walaupun kita telah lama mengesyaki strategi ini, tetapi dengan laporan Harakahdaily itu, kita merasakan yang insiden ini hampir pasti akan berlaku. Soalnya sekarang nyawa siapakah yang paling signifikan untuk diperjudikan PR bagi menaikkan kemarahan penyokong mereka?

Ulasan :

SOKOP = Standard Operation Kill Our People

Post a Comment

4 Comments

  1. Tolak Anwar Anjing Keparat!!

    ReplyDelete
  2. Pondan kalau dah marah jangan main main. Sanggup dia bergadai nyawa padahal pada awalnya dia terpondan pondan misalnya lari ke kedutaan Turki dan sebagainya.

    Pondan kalau dah mahu buang anunya sanggup dia menyerah diri bawah mata pisau doktor bedah begitu lah tinggi semangat si Bapok Tua Anuwar.

    Oleh itu adalah di jangkakan berbekalkan hati busuk, benci teramat sangat si pondan sanggup melintas dalam hujan peluru. Kalau pun mati, hati puas. Balas dendam kadangkala lebih berkesan dari dalam kubur. Kalau si pondan tua 'berani mahu' mati' lah ha ha ha

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..