Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.
Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.
Ya..kemalangan boleh hadir dalam banyak faktor,antaranya keadaan jalan,faktor bumi,cuaca,sikap pemandu dan lain-lain, namun pihak SPAD yang sebelum ini lantang kononya melakukan perubahan itu..perubahan ini gagal memastikan keadaan bas sempurna sebelum ianya selamat dipandu dan boleh membawa penumpang.
Sebelum ini,beberapa isu yang timbul yang mengaitkan tentang peragai hamlau SPAD dalam menyelesaikan masalah seperti isu teksi,ulat tiket dan pelbagai lagi sudah dilihat gagal se-gagalnya.
Pihak tertinggi SPAD dan Generalnya, Syed Hamid Albar cuba melepaskan diri setiap kali isu berbangkit bila dikaitkan dengan SPAD... KONONYA....pihak agensi mereka baru berusia tiga tahun beroperasi maka tidak wajar digalas beban masalah kepada agensi mereka sahaja.
Ini soalan ADC kepada general SPAD dan pegawai-pegawai tertinggi SPAD...adakah usia agensi menjadi pengukur bahawa kesalahan tidak boleh ditunding kepada agensi ini berhubung isu kenderaan awam darat...apakah kakitangan SPAD diambil semacam pilih 'ayam' di chow-kit...?
Timbul lagi kegagalan SPAD apabila bas yang terlibat kemalangan semalam, rupa-rupanya telah lama disenarai hitaM oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
KLIK
Kemalangan boleh dielak jika pihak SPAD lebih mengatifkan fungsi otak mereka dengan waras dan boleh memikirkan sebarang usaha berlipat ganda dalam memastikan keselamatan,operasi,peraturan dan pertimbangan akal pemilik/ kenderaan awam darat dibawah seliannya dengan betul.
p/s: Mana blogger SPAD...?
Sumber : Anti Dot Com
1 Comments
Pagi ni dalam berita TSHA kata siasatan belum lengkap sebab tu SPAD belum tubuh pasukan khas !!!
ReplyDeleteSPAD kenalah tubuh pasukan khas ASAP supaya dapat dengan updates dari PDRM/JPJ/ Miros dll. Soal mereka apa yg perlu dapatkan kepastian dari sudut yg lain. Barulah namanya menyiasat !!!!
Memang HAMPEH melantik org politik mengetuai sebarang Suruhanjaya.
Bilalah Malaysia akan berubah utk kebaikan ?
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..