Full Width CSS

Lebih 30,000 Peluang Pekerjaan Minggu Ini Di PWTC @NajibRazak @KhairyKj @NazirHussin79


Isyarat jelas daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, saudara Nazir Hussin yang telah menghantar borang pencalonan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa.

Mungkin inilah calon yang sesuai untuk memperkuatkan lagi saf Pemuda UMNO Titiwangsa setelah usaha keras mereka bagi memenangkan Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya Umum 13 yang lepas berjaya membuahkan hasil yang terbaik.

Jom tonton video pengumuman saudara Nazir.



Secara peribadi saya merasakan Pemuda UMNO Titiwangsa sangat beruntung sekiranya saudara Nazir dipercayai untuk memimpin perjuangan Pemuda UMNO di sana kerana beliau bukanlah calang-calang ahli Pemuda UMNO. 

Kredibiliti dan kebolehan beliau mengendalikan program di peringkat nasional amat dikagumi dan disegani ramai. Kebolehan beliau mendapat pujian daripada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan telah membuahkan hasil secara sedikit sebanyak telah membantu ribuan anak-anak Malaysia mendapatkan pekerjaan melalui BN Youth Job Fair yang diadakan saban tahun.

Berikanlah peluang & ruang buat seseorang yang mempunyai kebolehan dan bakat untuk menjadi pemimpin. 

 photo BNYJF2.jpg

Post a Comment

0 Comments