Full Width CSS

#PemilihanUMNO : @LokmanAdam Lagi Berani Bersumpah Daripada Anwar Ibrahim #1Malaysia


Mungkin inilah kemuncak kepada perkara yang bermain² di minda para Pemuda UMNO yang barangkali belum pernah mendengar daripada mulut tuan empunya badan sendiri mengenai dakwaan beliau pernah membakar & memijak bendera parti keramat UMNO dan bendera Malaysia.

Kedangkalan sesetengah pihak yang berkepentingan mendakwa calon Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia, saudara Lokman Adam pernah membakar dan memijak bendera Sang Saka Bangsa (UMNO) dan bendera Jalur Gemilang semasa menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu sangat tidak berasas.

Ini kerana jelasnya, semasa beliau bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2009 yang lepas, perkara sama juga bertebaran di kalangan anggota perwakilan Pemuda dan hal ini berulang kembali apabila beliau yang menawarkan diri bertanding sebagai NKP UMNO Malaysia telah dihujani dengan fitnah yang sama.

Atas rasa tanggungjawab dan mencuci namanya daripada dakwaan fitnah tersebut, beliau telah mengeluarkan video sumpah akuan tidak pernah memijak dan membakar bendera UMNO dan Malaysia.

Lihat di bawah ;


Jelas tegas Lokman, beliau pernah difitnah sebelum ini dan trend ini berulang kembali. 

Saya percaya setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk menafikan dakwaan fitnah dunia hari ini. Bagi saya, ini sesuatu yang terbaik dilakukan oleh saudara Lokman Adam. Beliau ikhlas bertanding sebagai NKP UMNO Malaysia.

Saya juga percaya beliau lebih berani daripada Anwar Ibrahim yang gagal bersumpah menafikan penglibatan dirinya meliwat Saiful Bukhari & 'berlakon' dalam filem pendek 2 color tersebut.



Jangan pilih calon peliwat dan kaki pelacur~

Post a Comment

0 Comments