Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Majlis Tertinggi UMNO Perlukan Transformasi Kali Ini #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal #DRI4MT #RM4MT #SS4MT #TF4MT

Bercakap mengenai Pemilihan Agung UMNO 2013 yang bakal melihat transformasi besar²an di dalam kepimpinan UMNO barangkali ianya merupakan saat yang ditunggu² oleh sebahagian besar ahli² UMNO yang berkehendakan transformasi.

Jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO sememangnya jawatan yang dirasakan tidak perlu dipertandingkan kerana gandingan YAB Dato Sri Najib Tun Razak dan timbalannya YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin sangat terbaik kerana mereka saling bekerjasama membawa UMNO dan kerajaan Persekutuan hari ini ke tahap yang lebih baik serta lebih meyakinkan rakyat.

Presiden & Timbalan Presiden sudah menyatakan kesediaan mereka untuk terus mempertahankan jawatan yang disandang sebelum ini dan sebagai ahli UMNO, saya hormati kenyataan dan kesediaan mereka ini.

Namun kuota tiga kerusi Naib Presiden UMNO yang sekarang ini disandang oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Shafie Apdal & Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sememangnya antara barisan pemimpin UMNO yang versatile, terbaik dan dianggap sebagai pelapis kepada kepimpinan di atas. Namun kedudukan nasib bagi ketiga² Menteri penuh di atas ini masih belum dikatakan selamat dan diyakini menyebelahi mereka.

Ini kerana masing² mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Tidak perlu dihuraikan secara lebih lanjut namun saya yakin, para pembaca, ahli UMNO dan Perwakilan dapat menilai siapakah antara ketiga² mereka di atas ini harus dikekalkan dan patut diturunkan sikit dari kedudukan selesa ini.

Tepuk dada tanya selera siapakah pilihan anda.

Seperkara yang semua pihak harus titik beratkan adalah siapakah generasi muda yang dikatakan dari turun temurun, orang muda adalah pewaris kepimpinan negara akan dipilih untuk duduk pada kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia?

Daripada pihak Pemuda UMNO, empat nama telah diberikan untuk Perwakilan pilih bagi menyertai pakcik² dan makcik² duduk sebaris di dalam MT. Di bawah ini adalah senarai pilihan yang dibawakan oleh Pemuda UMNO Malaysia ;

1. Dato Razali Ibrahim - Ahli Parlimen Muar / Timb. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
2. Datuk Seri Reezal Merican - Ahli Parlimen Kepala Batas / Ketua Penerangan Pemuda UMNO M'sia
3. Dato Sohaimi Shahadan - Ketua Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO M'sia
4. Tun Faisal Ismail Aziz - Ketua Unit Media Baru Pemuda UMNO M'sia


Keempat² orang calon di atas merupakan calon yang mempunyai kriteria yang menarik dan pengalaman yang berbeza berkhidmat untuk UMNO sebelum ini. Saya tidak mampu untuk menyebelahi mana² calon di atas namun saya percaya Perwakilan semakin pandai membuat pilihan dengan meneliti setiap perkembangan calon² ini menerusi laman media sosial.

Tak kisah andai ada lagi calon lagi muda dari kalangan empat orang calon di atas untuk ke MT nanti, sudah pasti matlamatnya tetap serupa iaitu menginginkan transformasi dibawa ke dalam meja bulat MT. Apa yang dikehendaki oleh akar umbi dari seluruh Malaysia hari ini ialah MT menerima orang² muda di dalam barisan kepimpinan UMNO agar suara² anak muda terus didengari dan diambil serius oleh pakcik² & makcik² di sana.

Kepentingan suara orang muda di dalam MT pasti akan membuahkan hasil yang terbaik buat UMNO dan Barisan Nasional khususnya menjelang saat² getir Pilihanraya Umum 14 yang bakal menentukan hala tuju negara dan yang pastinya jatuh naik UMNO selepas itu.

P/s : suburkan Pemilihan UMNO dengan semangat persaudaraan hanya niat kerana Allah S.W.T

Post a Comment

2 Comments

  1. boleh ka mereka2 ni ni bela bangsa melayu? sekarang ni kos hidup dah tinggi, apa yang pemimpin ni buat untuk bantu ringankan beban. jangan jadi mcm ayam jantan

    ReplyDelete
  2. Apa kaitan depa dgn kos hidup tinggi2? Kalu tak cukup makan, kenalah kerja lebih kuat dan jimat2 berbelanja. Pemimpin2 negara (sebahagian besar terdiri drpd orang Umno) hanya bisa jaga dasar2 negara; bukan depa tabur duit kpd golongan yang bermasalah kewangan!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..