Ini adalah gambar yang diterima oleh beberapa kenalan yang berada di pekan Sungai Bertam berhampiran Cameron Highlands hari ini.
Satu pintu empangan telah dibuka bagi mengelakkan empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet Cameron Highlands daripada pecah tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila air yang dilepaskan telah melimpahi bak tsunami di pekan tersebut.
Menurut sumber, air dilepaskan secara berperingkat iaitu pada jam 1 pagi kemudian jam 2 pagi. Tetapi untuk kali kedua, air tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlaku limpahan luar kawalan.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..