Full Width CSS

#PRKampus : Skrip Drama Kali Ini LETUPKAN Universiti Malaya #UM Kali ini? #WeCare #1Malaysia


Menjelang beberapa hari menuju ke Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM), banyak spekulasi serta suara² yang berbunyi seakan² cuba menimbulkan kegusaran dan ketakutan di kalangan pelajar yang akan membuat undian terhadap calon² pemimpin pelajar.Sumber terbaru, barisan Pro-Mahasiswa yang sememangnya diketahui umum condong kepada Pakatan Rakyat, bercadang untuk menggunakan "BOM" sebagai taktik terbaru mereka untuk memenangi pilihanraya kampus UM kali ini. Ini berikutan kegagalan gerombolan pergerakan mahasiswa tersebut yang tidak dapat mempromosi calon-calon mereka dengan kaedah kempen pilihanraya yang bersih dan berhemah, sepertimana Pakatan Rakyat dengan kempen Bangla 40K, dakwat kekal dan pilihanraya bersih mereka dalam kempen PRU sebelum ini.

Pada mereka apa yang penting adalah mereka menang pilihanraya dan dapat kuasa. Soal khidmat kepada pengundi bukannya satu pertimbangan langsung. Sebab itulah kempen mereka mesti berunsur menakutkan dan sentiasa menyemai semangat kebencian. Mereka perlu menutup kelompongan dan kelemahan calon-calon mereka.

Dan perkara ini lebih menjadi-jadi semenjak pakatan pembangkang berjaya menguasai negeri-negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang pasca PRU-12 lalu. Apakah wujud perkaitan DANA kempen PRO-M daripada negeri-negeri pakatan pembangkang bagi memastikan mereka memenangi pilihanraya-pilihanraya kampus?

Post a Comment

0 Comments