Dah macamĀ² pihak bersuara mengenai ketidakpuasan hati mereka mengenai kenaikan kadar tol di seluruh negara yang didesas-desuskan sebelum ini sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru dengan pelbagai berita serta kenyataan dari kerajaan terutamanya.
Kenaikan harga tol yang diumum kerajaan jelas merungsingkan dan menimbulkan rasa tidak puashati pelbagai pihak termasuk mereka yang mewakili rakyat. Pemimpin sama ada dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sehaluan meminta kerajaan untuk mengkaji semula kadar kenaikan tersebut.Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata akujanji BN sebelum ini yang menjanjikan kos sara hidup rakyat sebagai agenda utama yang akan diberi perhatian oleh kerajaan.
āCadangan kenaikan kadar tol ini wajar dikaji semula secra menyeluruh kerana kenaikan dalam apa jua kuantum akan menyukarkan rakyat. Dalam konteks tol secara spesifik BN telah menjanjikan kepada rakyat di bawah tajuk āPembangunan Infrastruktut Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandarā untuk mengurangkan bayaran tol bandar secara berperingkat,ā katanya dalam satu kenyataan.
Beliau merayu dan mencadangkan kepada kerajaan serta Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menilai dan meneliti semula kenaikan tol ini bersandarkan dengan akujanji yang pernah dinyatakan sebelum PRU 13.
Beliau memandang serius beban dan tekanan yang dihadapi rakyat dan menggesa Kementerian Kerja Raya untuk mengkaji semula perjanjian bersama syarikat konsesi yang terlibat.
āKesemua lebuh raya yang terlibat dengan kenaikan ini bakal memberikan implikasi keewangan harian kepada pengguna bandar sama ada di Lembah Klang juga di Pulau Pinang. Rasionalisasi susbsidi mesti dilakukan dengan berhati-hati agar ianya tidak membebankan pengguna dalam apa jua keadaan,ā katanya lagi.

0 Comments
komenĀ² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esokĀ² sudi la komen lagi..