Keegoan kerajaan Singapura yang sebelum ini terlalu berlagak dengan keamanan negara mereka tercalar semalam apabila tercetus rusuhan di sana. Kejadian rusuhan melibatkan pekerja asing yang berkerja di sana tercetus apabila dipercayai salah seorang daripada mereka mati akibat dilanggar oleh kenderaan kecemasan. Disebabkan rasa tak puas hati, lebih 400 orang pekerja asing mengamuk di Little India. Kejadian tersebut menyebabkan ada anggota Polis yang cedera disebabkan perusuh sukar dikawal. Jika sebelum ini, media Singapura sering turun ke Malaysia bagi memberi liputan 'terbaik' mereka mengenai perhimpunan-perhimpunan haram anjuran Pembangkang, hanya semata-mata untuk memberikan bad impression dunia terhadap kerajaan Malaysia. Namun malang pula bagi mereka hari ini, apabila kejadian yang dijangka boleh dikawal dengan baik sekali oleh anggota keselamatan Singapura telah bertukar menjadi mimpi ngeri buat seluruh rakyat Singapura. Kejadian ini bukan saja memberikan imej tidak baik pada Singapura malahan ia telah membuatkan pelancong asing turut khuatir dengan tahap keselamatan di sana. Mungkin kerajaan Singapura hanya berharapkan denda, denda dan denda saja satu-satunya cara untuk menakutkan serta mendisiplinkan rakyat mereka tetapi bagi pekerja asing, mereka peduli apa. Apabila hal ini terjadi, maka ada lah suara-suara sumbang dalam Malaysia ni yang turut sama berteriak dengan menyokong Singapura malahan menuding jari kepada kerajaan Malaysia kerana masih bersikap acuh tidak acuh dengan kebanjiran warga asing di sini. Secara peribadi, saya percaya pekerja asing di Malaysia tidak akan menimbulkan kekacauan kerana mereka masih boleh dikatakan cukup makan dan boleh survive. Ini disebabkan kadar mata wang negara masih lagi stabil, terkawal dan mereka mempunyai pelbagai sumber untuk terus hidup di sini mahupun menghantar wang kepada keluarga di negara asal. Jika hendak dibandingkan dengan negara kiasu ini, rakyatnya tidak mempunyai pilihan banyak untuk memperolehi barangan keperluan harian berbanding di Malaysia terlalu banyak pilihan yang disediakan oleh kerajaan. Di sana, mereka perlu struggle untuk hidup kerana mereka adalah golongan pekerja asing yang berhijrah mencari pendapatan di negara orang. Di Malaysia, dengan penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di mana barangan keperluan harian boleh diperolehi dengan harga borong. Peluang yang disediakan kerajaan Malaysia bukan saja digunakan oleh rakyat Malaysia bahkan turut diambil peluang oleh warga asing. Ini secara tidak langsung tekanan hidup kepada pekerja asing adalah rendah dan mereka sendiri tidak tertekan dengan taraf hidup di sini. Jadi kalau ada suara rakyat Malaysia yang tidak patriotik dengan negara sendiri, adalah lebih baik jangan sibuk-sibuk nak perlekehkan negara sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. |
3 Comments
Lagi bagus kalau semua anjing2 pembangkang PR di3 negara ini pindah je ke singapura... termasuk melayu2 bodoh yg jadi penjilat lobang juboq pembangkang pr...
ReplyDeleteSalam. Pembetulan. kematian kerana di langgar oleh Bas Persendirian (Pte Bus) bukan oleh kenderaan kecemasan . Kalau berita tak sahih dan kurang pasti jangan membabi buta mengeluarkan berita yang tidak benar. itu namanya fitnah.
ReplyDeleteFikir-fikirnlah.......
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
Mana dia komen dari cina kiasu chauvinist Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang?. Apa kata mereka apabila negara mentor mereka mengalami rusuhan begitu? Singapura diperintah oleh PAP (Pay and Pressure), Kalau masih bagi muka kat cina kiasu takut Malaysia akan diperintah oleh DAP (Dictator and Pressure)
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..