Malaysia kini mengorak langkah dalam gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur dengan tumpuan terhadap pelaburan teknologi tinggi ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata hubungan rapat dengan Jepun akan diteruskan dengan penambahbaikan berlandaskan dasar berkenaan yang terbukti berjaya mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara sejak diperkenalkan 30 tahun lalu. Beliau berkata, fasa baru dasar itu antara lain akan memberi penekanan terhadap kerjasama lebih luas khususnya pembinaan institusi dan pelaburan teknologi tinggi. Jepun adalah pelabur utama kita dengan 1,400 syarikatnya beroperasi di Malaysia yang mana nilai pelaburan dalam sektor pembuatan saja dianggarkan RM71 bilion, katanya pada sidang media bersama rakan sejawatnya, Shinzo Abe, semalam. Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan dua hala selama 45 minit di kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Nagata-cho di sini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja ke Jepun sempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Hubungan Dialog ASEAN-Jepun yang akan berlangsung di sini, Sabtu ini. Mereka perlu memanfaatkan kekuatan dalam bidang teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui, pelupusan sisa serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). |
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..