Apa kejadahnya stesen minyak Petronas Bertam, Kepala Batas lebih mengutamakan bahasa Cina berbanding bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu. Di mana letaknya kepentingan bahasa Melayu di mata pengurusan Petronas !! Sudahlah di dalam urusan pentadbiran, Petronas mengutamakan bahasa Inggeris. Nak communicate pun kena berbahasa Inggeris, macamlah semua orang dalam Petronas tu warga asing. Hari ini apabila tiba sudut pengiklanan dan signboard pula, bahasa Cina dibesarkan dan bahasa Melayu seolah-olah menumpang saja dalam ruangan tersebut. Kekesalan ini dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican yang melihat sebuah syarikat GLC milik kerajaan Malaysia gagal mengikuti keutamaan kepada bahasa rasmi negara. Untuk info lebih 70% penduduk dalam Parlimen Kepala Batas merupakan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain hanya merangkumi 30% sahaja. So apahal sibuk nak letak signboard berbahasa Cina kat Petronas? Saya percaya ini bukanlah kehendak pengusaha tetapi ianya adalah kehendak dan paksa rela dari pihak pengurusan Petronas sendiri. Pengusaha terpaksa akur jika tidak mungkin ada la perkara yang tak enak diperolehi kelak. Memang benar, bukan menjadi tanggungjawab Petronas untuk menjaga kepentingan bahasa Melayu tetapi sebagai sebuah syarikat GLC, priority bahasa Kebangsaan tu harus diutamakan. Melainkan kalau signboard dalam bahasa Cina ni diletakkan di stesen Petronas di China atau sebagainya. Sejak kemasukan Omar Ong ke dalam Petronas, pelbagai perkara yang telah membuatkan orang Melayu terutamanya terasa hati dengan pentadbiran yang kononnya diyakini akan memberi 'nafas baru' kepada Petronas. Hakikatnya ramai pengusaha-pengusaha kecil yang sebelum ini diberi ruang untuk memasarkan produk-produk Industri Kecil Sederhana (IKS) mereka di dalam kedai Mesra Petronas seluruh negara telah ditamatkan peluang perniagaan mereka. Jika dahulu ada kedai Mesra memberi peluang orang Melayu membuat nasi lemak dan memasarkan di dalam kedai Mesra tetapi hari ini, nasi lemak pun dimasaka, diedarkan sendiri oleh syarikat milik orang Cina. Apa lagi kerajaan Malaysia nak tunggu? Ambil tindakanlah. Jangan sampai Petronas diterbalikkan pula lepas ini. Mana lagi syarikat Melayu yang boleh membantu Melayu akan datang? |
2 Comments
Macam2 cerita Petronas sekarang ni. Dah macam tak "bertuan".
ReplyDeletecer tengok borang peraduan petronas tu buat sakit mata ja .Tulisan cina buat menyemak jer .serabut!! .mmg layak dikoyak. !! bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan...nk tulis cina tu p dok singapura lah
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..