Full Width CSS

Puteri #UMNO Bukit Bintang Minta Wang Perlindungan Pada Orang Ramai? #1Malaysia @NajibRazak

Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bukit Bintang atas inisiatif mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai di sekitar kawasan tumpuan ramai.

Satu tindakan baik dan wajar dipuji kepada mereka kerana bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan sumbangan kewangan orang ramai bagi diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Lebih RM2,000 berjaya dikumpulkan dalam tempoh 2 jam dengan penglibatan ahli-ahli Puteri UMNO dan beberapa orang artis. Antara kawasan-kawasan yang dikunjungi di hadapan Pavillion, Sg. Wang, Lot10, BB Plaza dan sekitarnya.

Sambutan daripada orang ramai tanpa mengira fahaman agama serta bangsa amat baik dan menggalakkan. Diharapkan program-program kebajikan sebegini dapat diteruskan lagi daripada semasa ke semasa.

Tahniah sekali lagi Pergerakan Puteri UMNO Bukit Bintang. Untuk info, Ketua Puteri UMNO di sini ialah Anne Ngasri.

P/s : Mereka dah berhenti bergolak sesama sendiri rasanya, alhamdulillah.

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

0 Comments