Full Width CSS

Respon Artikel MalaysianInsider Berhubung Sambutan 'Birthday Party' @Zahid_Hamidi #1Malaysia @NajibRazak


Membaca artikel daripada portal Pembangkang, MalaysianInsider berkenaan isu majlis Zahid Hamidi, saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang setelah saya baca. Boleh saya rumuskan sebagai rasa ketidakpuasan hati daripada editor sehinggakan totes dan handbag branded tetamu yang hadir juga menjadi pertikaiannya.

Sebelum saya pergi membuka lebih luas ruang bicara ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tuliskan ini merupakan pendapat peribadi saya dan tidak pernah diminta atau dibayar untuk berbuat sebegini. Jika para pembaca bersetuju dengan saya, boleh teruskan membaca dan jika tidak bersetuju, sila klik button X di penjuru atas sebelah kanan.

Umum melihat program yang dianjurkan semalam di hotel mewah tersebut sebagai majlis sambutan hari lahir Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tetapi sebenarnya ia merupakan program 2 in 1. Program asal ini sebenarnya merupakan program tahunan yang dianjurkan beliau (Zahid Hamidi) bagi menghargai dan meraikan ahli² UMNO, tokoh² korporat dan pegawai² kerajaan yang bekerja bersama beliau dan menyokong beliau selama ini.

Untuk info, program sebegini juga pernah diadakan pada tahun lepas di sebuah negeri lain (saya tak ingat) dan objektifnya tetap sama. Zahid ketika berucap, beliau menjelaskan tidak salah sekiranya beliau mengadakan majlis makan sebegini walaupun selepas Pemilihan UMNO. Inilah caranya beliau menghargai sokongan ramai pihak kepadanya.

Mengenai kos sambutan birthday ini, saya percaya beliau mempunyai bajet nya sendiri dan mungkin mendapat tajaan daripada ahli² keluarga dan sahabat² baik beliau. Mungkin sebagai rakyat, kita boleh membuat pelbagai persepsi mengenai apa yang dilihat di depan mata namun apa yang tersirat kita tidak mungkin mengetahuinya.


Ada pula pihak yang bergosip mengenai kos yang menelan belanja besar. Dalam hal ini, Zahid perlu bertanya sendiri dengan penasihat² di sekelilingnya mengenai kos yang dibelanjakan untuk majlis sambutan birthday bersama cucu beliau dan mungkin Zahid sendiri boleh ambil maklum akan jumlah kos tersebut. Harap² penasihat bagi nasihat yang betullah, jangan jadi penasihat 25% macam dalam cerita 3 Abdul lakonan Allahyarham P.Ramlee.

Berkenaan dengan isu wartawan terbabit diminta keluar oleh pegawai Zahid daripada dewan tersebut memang bertepatan la kerana mungkin beliau bukanlah jemputan untuk program berkenaan. Dan saya yakin dan pasti media tidak dijemput untuk ke majlis ini. Saya sebagai blogger pun tidak dipanggil untuk turut serta. So wartawan Malaysian Insider tak payahlah nak mengeluh tak diundang dan terpaksa diminta keluar dewan.

Mengenai kesesakan jalan raya seperti yang dilaporkan dengan deretan kereta Porche Cayennes dan Toyota Alphards yang berhenti di tepi jalan tersebut sebenarnya sengaja diperhebahkan. Sebenarnya banyak lagi kereta yang tidak disebut oleh wartawan terbabit iaitu kereta Mercedes Benz, BMW, Vellfire dan kereta Proton serta Perodua pun turut ada di situ.

Perkara pertama, berita mengenai deretan kereta parking tu seumpama ingin menunjukkan hadirin yang hadir merupakan kalangan orang² berstatus tinggi padahal ada juga yang pakai kereta Toyota Corolla, Perodua Kelisa, Proton Saga BLM. Keduanya, mengapa Malaysian Insider menggembar gemburkan kesesakan di laluan hadapan hotel mewah tersebut saja? Kenapa tak cerita perkara yang serupa di Jalan Bukit Bintang, Jalan Alur, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Jalan Bangsar yang turut mengalami masalah yang sama.


Isu kesesakan jalan raya ini kalau hendak dicerita, lagi teruk penangan Perhimpunan HARAM BERSIH yang diadakan saban tahun di sekitar Kuala Lumpur. Bukan saja SESAK malahan jalan raya terpaksa ditutup kepada lalu lintas hanya kerana demontrans sibuk mahu berhimpun duduk & guling² di atas jalan raya.

Kira oklah Zahid buat program dalam dewan hotel, kalau ikutkan kepala gila beliau nak pacak khemah kat tepi Pavillion kan lagi haru sesak teruk.


Nasihat daripada saya yang bukanlah orang hebat, cubalah paparkan story kepada pembaca lebih seimbang dan tidak berat sebelah. Dalam isu ini, kelihatan ya Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bersalah tetapi kita juga perlu fikir adakah beliau mengetahui akan flow keseluruhan majlis ini daripada persiapan hingga ke akhirnya.

Harap² jawapan dari penasihat beliau tidak menjahanamkan karier Zahid Hamidi.


P/s : Bukan blogger Zahid

Post a Comment

5 Comments

  1. sekarang ni, UMNO diserang dari pelbagai sudut. gerakan utk menumbangkan BN dlm PRU13 telah gagal dan tindakan utk menumbangkan BN dalam PRU14 sudah bermula sejak hari pertama Najib berjaya membentuk kerajaan pada Mei 2013 lepas. Diibaratkan, sedikitpun UMNO BN tidak boleh buat silap. sedar la semua golongan muda bukan melayu dan melayu semakin membenci UMNO BN dr propaganda media sosial mereka dan apa saja kesalahan dan kesilapan UMNO BN ibarat menyimbah petrol ke atas api yang menyala. Puak PR terutama DAP mmg sudah lama sedang menyusun rapi strategi utk mengalah BN. Tak perlu dihuraikan disini cukupla dgn mengatakan UMNO sedang menempa kekalahan PRU14 melalui tindakan bodoh memilih Sharizat yg terpalit kes lembu, Khairy yang sgt liberal sbg ketua pemuda dan yg paling memusnahkan Najib yg lebih berkiblatkan agen zionis dlm PEMANDU, ditambah pula kes2 Kak Mah yg tersgtlah memalukan status pemimpin melayu. Pandangan ikhlas tolong la dengar wahai orang2 UMNO, jika di palestine yahudi2 sedang giat meluaskan penempatan mereka begitu juga dengan yahudi kecil di malaysia ni... buka mata luas2 berjalanlah disekitar KL dan Selangor .. LIHAT

    ReplyDelete
  2. Betul bro persepsi

    ReplyDelete
  3. zaman cari salah UMNO BN

    ReplyDelete
  4. MACAM KENE BYR JE BRO HEHEHEHE

    ReplyDelete
  5. datuk berpangkat besday sambut hotel 5 bintang,,datuk bercucu bayar yuran skolah dengan syiling....fikir fikir kan ye,,,

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..