Full Width CSS

Gambar Tren #AmpangLine #RapidKL Tersebar #1Malaysia @NajibRazak


Membanggakan apabila merasai sendiri pengalaman berada di dalam tren baru aliran Ampang yang bakal memulakan khidmat sepenuhnya di kota raya Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2015. Itu antara perasaan teruja berbaur bangga para wakil media yang dibawakan khas untuk melihat secara rasmi LRT tersebut di sini.

Saya merupakan antara kalangan wakil media yang dibawa ke CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd, Hunan, China bagi melihat secara realiti rupa bentuk tren baru yang bakal tiba di Kuala Lumpur bermula September 2014 nanti.

Menurut perancangan awalnya, sebanyak 6 buah koc bakal diterima oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menjelang tarikh tersebut dan akan diikuti secara berturutan setiap bulan berikutnya

Sudah tentu perasaan teruja ini bakal dikongsi bersama oleh para pembaca yang juga merupakan pengguna perkhidmatan LRT aliran Ampang untuk berulang alik ke tempat bekerja dan ke mana-mana saja destinasi pilihan.

Temubual media bersama Pengarah Kumpulan Divisyen Pembangunan Projek, Zulkifli Mohd Yusoff, beliau berkata hampir RM 1 billion dibelanjakan bagi merealisasikan kepentingan pengguna ini dan dalam masa yang sama pihak Prasarana menfokuskan peningkatan pengguna perkhidmatan perkhidmatan secara meluas apabila laluan tambahan dari Sri Petaling ke Kelana Jaya siap kelak.

Prasarana mensasarkan peningkatan 100% pengguna berdasarkan kekerapan tren baru sebanyak 50 buah dan pengguna tren yang telah mencecah 200,000 orang sehari. Sudah pasti ia merupakan pelaburan yang bijak dan bakal memberi kesan positif kepada semua pihak untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama ke mana-mana destinasi.

Tunggu artikel dan gambar seterusnya.

*Gambar susah nak upload banyak, internet di sini tak membantu hehe :D

27 Feb 2014
Zhuzhou, China

Post a Comment

0 Comments