Full Width CSS

Anwar Tahu Pesawat Sebenarnya Dihijack? #1Malaysia #PrayForMH370 @anwaribrahim @mpkotabelud @GoTeamRD


Saya berada dalam Parlimen minggu lepas semasa Anwar Ibrahim membidas cara kerajaan menangani insiden MH370. Anwar membandingkan cara Allahyarham Tun Abdul Razak mengendalikan insiden Japanese Red Army dan cara Dato Sri Najib mengendalikan kes MH370 ini.

Saya bangkit untuk mencelah perbahasan beliau mengenai perbandingan yang tak masuk akal itu. Hari ini saya ingin kongsi kan pandangan Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia mengenai isu yang sama.

Dato Fuad berkata ;

Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army pada tahun 1975 semasa mereka menawan lebih 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.
Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana :

1. Kita tahu dimana lokasinya: di daratan dan di Kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA kerana mereka mengisytiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Persoalanya :

Siapa yang tahu di mana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Baca lagi di The KL Chronicle

Post a Comment

4 Comments

  1. aku ucap tahniah pd org yg letak kai di muka berok dajjal bernama Nuar Brahi ni. Selagi dia hidup selagi tu bumi kita akan kacau..
    Anwar Laknatullah!

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tengok muka dia betul betul kena TENDANG!!!!!!!!!memang ANWAR NI SIAL, anak beranak buat SIAL bawa SIAL pada Bangsa, Agama dan NEgara aku....

    ReplyDelete
  3. Anwar kata senang ... sebab dia tau di MH370, dia tau dgn siapa nak berunding, dia tau apa yang diorng hendak, semuanya la dia saja yang tahu.. huhuhu......

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, aku mohon kepadaMU aar selamatkanlah negara ku, agamaku, dan bangsaku daripada pengkhianat bangsa dan agama yg bernama Anwar Ibrahim ini. Kiranya dia adalah perosak segalanya, aku mohon kepadaMu agar Kau ambillah nyawanya untuk bertemu dengan hisabMu ya Allah...amin.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..