Full Width CSS

Asyik Muka Yang Sama Je, Nampak Sangat PKR Ketandusan Pemimpin #PRKKajang #Kajang #1Malaysia


Pencalonan Wan Azizah sebagai calon PKR di PRK Kajang dirasakan seperti parti tersebut sudah ketandusan ahli-ahli yang berkelayakan untuk menjadi wakil rakyat.

Wan Azizah yang merupakan isteri kepada peliwat Saiful Bukhari Azlan dianggap sebagai calon recycle PKR bagi menandingi calon Wanita BN yang dirasakan bakal menewaskan Anwar jika beliau bertanding.

Merasakan dirinya bakal tewas, maka Anwar meletakkan Wan Azizah sebagai calon di sana sekali gus jika menang kelak, Wan Azizah akan menjadi mata dan telinga Anwar di negeri Selangor.
Kerana sebelum ini PKR dikatakan sedang berantakan sesama mereka kerana hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang lebih menfokuskan matlamat mengutamakan rakyat dan tidak selari dengan objektif Pakatan untuk merompak negeri terkaya di Malaysia ini.

Ini realiti yang berlaku dalam PKR. Mereka sudah berantakan dan menunggu masa terbelah dua. Lebih menyakitkan hati Anwar apabila Khalid Ibrahim pula bertemu dengan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak bagi menyatakan kesediaan Selangor meneruskan perancangan projek Empangan Hulu Langat 2.

Semua ini berlaku kerana Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat negeri Selangor dibebani dengan masalah air yang saban tahun melanda negeri tersebut. Namun niat ikhlas Khalid Ibrahim dirasakan seakan-akan meniup tepung ke muka dan memalukan partner in crime di dalam Pakatan.

Mungkin penasihat dari DAP yang telah memberikan 'buah fikiran' kepada Anwar untuk berfikir.

Post a Comment

0 Comments