Full Width CSS

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah & Tol Percuma Selama Sebulan #1Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguna jambatan kedua Pulau Pinang yang dibuka mulai tengah malam ini kepada lalu lintas tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan sebagai penghargaan kepada rakyat.

Sebelum itu beliau mengisytiharkan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap dalam majlis perasmian jambatan berlenaan di Dataran Batu Maung di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pemberian nama itu adalah selepas mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong.

Terdahulu kehadiran Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinanti-nantikan kira-kira 10,000 pengunjung yang membanjiri lokasi perasmian sejak awal pagi.

Majlis perasmian yang diadakan gilang-gemilang itu dijangka turut diserikan dengan persembahan bunga api. Malah, Perdana Menteri bersama isteri dijangka berangkat dengan menaiki bas khas untuk mengadakan lawatan di jambatan yang menelan kos pembinaan RM4.5 bilion terbabit.

Peristiwa itu sekali gus mengulangi catatan sejarah yang dilakar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan pembukaan jambatan pertama Pulau Pinang kira-kira 29 tahun lalu iaitu pada 3 Ogos 1985.

Perasmian Jambatan Pulau Pinang ini adalah peristiwa penting negara yang sekali gus menjadikan ia sebagai mercu tanda baru negara.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah Datuk Seri Najib..kerana telah mengisytiharkan Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Satu lagi kejayaan UNTUK ISLAM dan MELAYU..... MAHA SUCI ALLAH.. TELAH MELANCARKAN PEMBINAAN JAMBATAN INI... ALLAHU AKBAR..!!! DAULAT TUANKU...!!! MOGA MARUAH UMAT ISLAM TERPELIHARA DARI UMAT ISLAM PENGKHIANAT...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..