Full Width CSS

#MyHome : Respon Balas Kepada Kenyataan Ahli Parlimen Sibu @Oscar_Ling #1Malaysia @mpkotabelud @GoTeamRD


Maklumbalas kenyataan YB Ahli Parlimen Sibu di Sinar Harian bertajuk “KPKT Didesak Tukar Syarat Program

1. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali dengan MyHome diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik dan seterusnya meningkatkan penawaran rumah bagi mencapai hasrat Kerajaan ke arah penyediaan 1 juta rumah mampu milik kepada golongan yang memerlukan. Skim ini menawarkan insentif RM30,000 seunit yang akan memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang layak di bawah skim ini. Jenis skim, harga rumah dan pendapatan isi rumah golongan sasaran adalah seperti berikut:


MyHome1 menawarkan harga jualan rumah antara RM80,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 – RM4,000;

MyHome1 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM90,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 – RM4,000;

MyHome2 menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM200,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 – RM6,000; dan

MyHome2 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM250,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 – RM6,000.

2. Kerajaan telah menyediakan pelbagai program perumahan mengikut keperluan khusus golongan rakyat. Bagi Skim MyHome, ia disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana khusus kepada yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 – RM6,000. Skim MyHome ini merupakan salah satu daripada pilihan kepada golongan berpendapatan sederhana ini selain daripada skim rumah mampu milik yang lain seperti PR1MA dan sebagainya.

3. Bagi golongan berpendapatan rendah yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000, Kerajaan telah menyediakan pelbagai program perumahan khusus untuk golongan tersebut seperti berikut:

Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Terdapat dua kategori PPR iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Bagi golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang ingin membeli rumah tersebut, KPKT akan menawarkan rumah PPR Dimiliki dengan harga serendah RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak walaupun kos pembinaan bagi satu unit PPR mencecah sehingga RM120,000 – RM150,000.

Oleh itu, golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang membeli rumah PPR ini mendapat subsidi yang lebih besar daripada Kerajaan berbanding insentif RM30,000 di bawah Skim MyHome tersebut. Bagi golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang yang tidak mampu mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah, mereka boleh menyewa di rumah PPR Disewa. Kadar sewa yang ditetapkan adalah rendah iaitu hanya RM124 sahaja sebulan.


Skim Pinjaman Perumahan (SPP) di bawah KPKT disediakan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,500 yang mempunyai tanah sendiri dan tidak mampu memperoleh kemudahan pinjaman bank. Mereka boleh memohon pinjaman perumahan di bawah SPP dengan pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM45,000 dan tempoh pembayaran balik pinjaman adalah selama 30 tahun.

Program-program perumahan lain di bawah pelbagai agensi yang menyediakan program perumahan khusus kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000. Antaranya ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Program Bantuan Rumah (PBR).

Post a Comment

0 Comments