Full Width CSS

Siapa Kata Ahli Parlimen #BarisanNasional Tak Sokong Pelaksanaan #Hudud #1Malaysia @NajibRazak @reezalmerican


Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan bahawa cadangan pelaksanaan Hudud di negeri taklukan PAS iaitu Kelantan hanya akan dipandang sepi oleh pemimpin & penyokong Barisan Nasional (BN). Walhal perkara yang ingin diketahui oleh semua pihak adalah bagaimana pelaksanaan & penafsiran Hudud itu dilakukan. Bahkan kerajaan negeri PAS sendiri masih lagi berteka-teki dengan rakyatnya mengenai cadangan pelaksanaan yang acapkali dijaja PAS apabila menjelang musim Pilihanraya Umum (PRU) dan Pilihanraya Kecil (PRK).

Mungkin ada yang terlepas mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Hudud minggu ini. Saya kongsikan untuk penilaian Pembaca khususnya penyokong PAS, melihat dan mendengar sedikit ucapan perbahasan berkenaan Hudud oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato' Seri Reezal Merican di Dewan Rakyat.

Secebis video di bawah ini mungkin akan menghapuskan persepsi kononnya BN tidak setuju dengan Hudud.


Ini penjelasan dan realiti yang sebenar di minda pemimpin UMNO dan BN mengenai Hudud. Apa yang dijaja selama ini oleh PAS kononnya kepimpinan UMNO / BN seumpama musuh dalam selimut Islam yang menolak hukum Allah (Hudud) adalah tidak benar.

Sekali lagi saya tekankan apa yang diperbahaskan oleh Dato' Reezal Merican,

"Tidak siapa pertikaikan hudud. Dari segi hukum, sebagai orang Islam kita kena terima tetapi ia tidak membataskan kita untuk adakan perbahasan tentang kaedah pelaksanaannya. Ia tidak membataskan kita untuk membincangkan tentang penafsirannya", katanya.

Beliau turut memperjelaskan lagi maksud pelaksanaan hudud pada zaman Rasulullah S.A.W. yang mengikut keadaan, tempat dan waktunya. Kaedah pelaksanaan dan penafsiran hudud ini juga perlu turut diberikan perhatian khusus supaya umat Islam memahami hukum Allah dengan lebih baik bahkan turut sama menyokong dasar pelaksanaannya.

Saya yakin dan percaya sekiranya jika Hudud ini diperjelas dan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan dilaksanakan mengikut syariat Islam yang betul, pasti di peringkat rakyat tidak mengalami sebarang masalah menerimanya.

Post a Comment

0 Comments