Full Width CSS

Ucapan Datuk Abdul Rahman Dahlan Bersempena Ulangtahun #UMNO68 #1Malaysia @mpkotabelud @NajibRazak


Tahun ini genap UMNO berusia 68 tahun, dan sepanjang tempoh itu UMNO telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan pentadbiran negara. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehingga kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO telah berjaya membawa pembangunan dari segi fizikal dan sosial kepada negara.

Walaupun pelbagai cabaran telah dilalui oleh parti, UMNO telah bangkit melalui pemimpin pelapis untuk terus menerajui parti bagi memastikan kebajikan orang bumiputera terpelihara.

Dari Kota Belud ke Kuala Lumpur, jasa serta sumbangan parti kepada masyarakat tidak dapat dinafikan. Transformasi politik yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih inklusif juga mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebagai langkah ke hadapan, saya menyeru kepada ahli UMNO, baik yang di Bahagian mahupun Pemuda, Wanita dan Puteri untuk bersatu dan bekerjasama bagi memastikan UMNO terus mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara sekaligus membantu menaikkan lagi taraf hidup dan sosio-ekonomi masyarakat bumiputera khasnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Post a Comment

0 Comments