Full Width CSS

Peniaga Bazar Ramadhan Boleh Apply Loan 0% Interest Ni #1Malaysia #BNPrihatin @NajibRazak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 bagi membantu penjaja dan peniaga kecil berniaga juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.
Perdana Menteri berkata skim berkenaan adalah platform yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada penjaja dan peniaga kecil untuk tambah sumber pendapatan pada bulan Ramadan.

Skim tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah berlandaskan Syariah sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Menurut Perdana Menteri, walaupun permohonan pinjaman dijalankan melalui Gabungan Persatuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, namun bukan ahli persatuan juga dialu-alukan untuk memohon. Bank Rakyat bertanggungjawab untuk menyalur dan mengutip pinjaman tersebut manakala peminjam boleh membuat bayaran secara ansuran mingguan atau sekali sahaja.

"Bagi melaksanakan skim ini kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM45 juta. Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 merupakan pembiayaan tanpa faedah dengan kelulusan pinjaman sehingga RM3,000," - Dato' Sri Najib Tun Razak

skim bazar

Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal peminjam.

Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Pinjaman tanpa faedah sehingga RM3,000

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014
1. Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
2. Bayaran balik iaitu 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50% lagi sebulan selepas bulan Syawal.

Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

"Hebahkanlah berita baik ini kepada rakan-rakan peniaga atau mereka yang baharu bercadang untuk berniaga pada bulan Ramadan ini, rebutlah peluang ini sebaik mungkin,"
Dato' Sri Najib Tun Razak


Saya akan update maklumat lanjut berkenaan permohonan ini.

Post a Comment

5 Comments

  1. Dah apply under p.penjaja tk tahu lah lulus atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Tarikh tutup bila yer?

    ReplyDelete
  3. sy dh tanya bank rakyat, semua pun kena apply melalui persatuan.. dah tutup pada 6/6/14 so sy tak tahu kenapa blog ni baru nak umumkan benda macam ni walhal dah tutup pada entry ini dibuat..

    ReplyDelete
  4. Halo,
    Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.

    ReplyDelete
  5. Great content material and great layout. Your website deserves all of the positive feedback it’s been getting. click this link here now

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..