Full Width CSS

Rakyat Mahukan Kesederhanaan Politik Bukannya Macam Pembangkang - @mpkotabelud


Melihat senario politik di PRK Teluk Intan yang lepas, banyak perkara yang secara jelas di mata pengundi mahupun pemerhati luar kelihatan sikap tidak profesional pemimpin Pembangkang untuk menarik sokongan penduduk tempatan.

Saban kali menjelang hari pengundian, Pembangkang lebih selesa dengan cara kelaziman mereka iaitu memupuk rasa benci di kalangan rakyat terhadap kerajaan negeri dan Persekutuan. Banyak isu nasional diutamakan oleh Pembangkang tetapi isu yang harus diutamakan seperti yang dijaja oleh Barisan Nasional (BN) jarang sekali diketengahkan oleh pemimpin PR.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat kini memilih untuk mengamalkan politik sederhana dan menolak politik kebencian yang dibawakan Pembangkang. Rata² pengundi terutamanya memilih untuk menjadi silent voters dan hanya membuat keputusan apabila menjelang hari pengundian.

"Ini isyarat yang diberi rakyat Malaysia kepada pembangkang supaya mengamalkan politik sederhana... bukti yang cukup jelas rakyat mahukan kesederhanaan dalam politik negara," - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Anggota Parlimen Kota Belud ini juga menjelaskan sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat BN sebagai sebuah parti yang ke hadapan sebagai sebuah suara mewakili rakyat dalam suasana politik negara ini.

Post a Comment

0 Comments