Sebuah terowong yang masih lagi dalam pembinaan menghubungkan Jalan Pudu dan Jalan Imbi bersebelahan bekas Penjara Pudu runtuh pagi ini.
RapidKL dalam laman Twitternya memberitahu operasi Monorel antara Stesen Hang Tuah & Stesen Imbi digantung sementara waktu bagi menjamin keselamatan awam. Pengguna hanya boleh menggunakan khidmat Monorel antara Stesen KL Sentral - Hang Tuah & Stesen Titiwangsa - Imbi sahaja.
Pihak RapidKL juga turut menambah bahawa laluan bas di kawasan berkenaan telah terjejas dan laluan terpaksa dilencongkan.
Berikut bas² yang terlibat.
Untuk makluman bersama, laluan Monorel & Bas RapidKL di atas terowong yang runtuh tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, berkemungkinan lebih 100,000 orang pengguna perkhidmatan awam akan terjejas sehingga lewat petang ini.
Sama² kita berharap agar laluan ratusan ribu pengguna di Kuala Lumpur ini akan kembali pulih seperti biasa dengan segera.


Sila ikuti perkembangan semasa operasi Monorel di laman twitter rasmi mereka @MyRapidKL
3 Comments
Sbb ambik org spore sbg bos projek maka jdik mcm spore ler
ReplyDeletetakde slogan baru keeee.
ReplyDeletebos projek orang singapore, bermakna kerajaan telah mendedahkan segala rahsia terowong kepada pihak luar, terowong ini sebenarnya bukan setakat terowong LRT atau monorel semata-mata, dimasa perang ianya berfungsi sebagai tempat berlindung atau tempat perlindungan ,
ReplyDeleteterowong di singapura rahsianya tidak pernah terdedah kepada orang luar, kerajaan singapura mengenakan sekatan dan undang2 khas berkenaan terowong disana,
adakah ini sebenarnya sabotaj daripada agen perisikan singapura ?
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..