Full Width CSS

Part I : Perlukah Loji Insinerator Di Malaysia? @mpkotabelud


Saya tertarik untuk mengulas isu INSINERATOR menurut pemahaman personal saya seperti yang telah diucapkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan menghuraikannya di dalam sidang media yang diadakan tengah hari ini.

Budaya 3R barangkali para Pembaca telah pelajari semenjak dari bangku sekolah yang membawa maksud Reduce, Reuse & Recyle. Bukan saja di peringkat sekolah malahan boleh didapati banyak di tepi² jalan yang terdapat tong² besar @ pondok kecil untuk orang ramai meletakkan barangan terpakai mereka di situ. Secara realitinya masyarakat sudah terdidik dengan 3R ini.  
Mungkin Ong Kian Ming, MP Serdang masih belum memahami konsep 3R ini dan memerlukan masa ataupun pendidikan khas (tuisyen) yang perlu diajar oleh Menteri sendiri.

Sebelum ini kerajaan telah bercadang untuk membina loji insinerator di Taman Beringin Kepong, Kuala Lumpur tetapi mendapat tentangan dari Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI). Biasalah dorang ni sama kes lah macam menentang projek Lynas. Entah² orang yang sama gak menentang kah kah kah.

Kata KTI, Malaysia tak perlukan loji insinerator sebab rakyat perlu dididik dan disepadukan pendidikan dengan konsep 3R saja. Sebenarnya mereka silap kerana tanpa loji ini belum tentu rakyat akan mengamalkan kitar semula. Contoh di Jerman, terdapat 72 loji tersebut dan kajian mendapati 62% rakyatnya mengamalkan konsep kitar semula tapi sebaliknya di Perancis terdapat lebih 120 loji yang sama namun hanya 35% saja rakyatnya melakukan kitar semula.

Itu fakta yang dinyatakan secara terus kepada media oleh Menteri. Tetapi fakta yang cuba disembunyikan oleh MP Serdang dan KTI adalah kerajaan Selangor pun telah merancang untuk membina loji yang sama semenjak November 2013 yang lepas.

So takda pula bantahan yang nak dilakukan oleh mereka ini terhadap kerajaan Selangor?

Bersambung kisah kerajaan bawa KTI ke Jepun untuk melihat sendiri loji insinerator Jepun.


Post a Comment

0 Comments