Full Width CSS

Orang Awam Pukul Penunggang Motorsikal Di Depan Polis @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Saya terpanggil untuk membuat posting ini berdasarkan pandangan dan keprihatinan saya kepada kedua² belah pihak di dalam video di bawah, Polis & Penunggang Motosikal.

Sebagai rakyat Malaysia, saya terpanggil untuk membuat teguran berdasarkan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap pesalah² lalu lintas terutama apabila ia membabitkan penunggang motosikal.

Lihat video di bawah.


Apa yang tidak kena dalam video di atas?

Saya percaya para Pembaca sekalian pun dapat mengagak apakah yang bermain di dalam fikiran saya. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tindakan beberapa orang awam atau barangkali anggota Polis berpakaian preman cuba menahan penunggang motosikal yang didapati bersalah.

Saya cuma ingin mengajak para Pembaca sekalian dan anggota Polis yang membaca blog ini. Cuba letakkan diri kita berada di tempat penunggang motosikal tersebut. Sedang menunggang motosikal tiba² disergah kiri dan kanan jalan raya oleh orang asing dan memukul kita dengan objek tak dikenali. Apakah tindakan refleks daripada perbuatan tersebut?

Jawapannya, kita menjadi panik dan cuba melarikan diri daripada orang yang tidak memperkenalkan diri mereka mungkin sebagai Polis. Begitu juga keadaan yang mungkin berlaku kepada penunggang motosikal di dalam video di atas.

Bukanlah niat saya menyokong mana² pihak tetapi tindakan yang diambil biarlah berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan. Tak perlu tahan mereka seolah² penunggang motosikal tersebut seperti drug dealer atau penjenayah yang merbahaya. Cukuplah sekadar jika mereka lari dari road block, lepaskan ataupun kejar dengan Polis Trafik.

Sekurang²nya tindakan PDRM kena jelas dan tidak mengelirukan orang ramai yang boleh menjadi mangsa secara tiba². Tak pasal² ada yang cedera akibat berlanggar sesama sendiri dan terjatuh.

Di atas adalah sedikit andaian saya kerana berdasarkan video yang dikongsikan ini, ada 2 perkara saya ingin kongsikan lagi untuk perhatian Pembaca & PDRM.

1. Visual tidak menunjukkan di mana lokasi sebenar sekatan jalan raya diadakan sehingga menyebabkan penunggang memecut laju dan melawan arus kenderaan. Apakah di hadapan terdapat sekatan jalan raya yang tersedia baik?

2. Orang awam yang melibas dan menahan penunggang motorsikal terbabit tiada tanda pengenalan diri sebagai anggota Polis. At least kalau benar mereka Polis, pakailah vest Polis.

Saya yakin berdasarkan video tersebut, penunggang motosikal tu asalnya tidak berlumba tetapi mereka hanya bersuka² dan barangkali tidak mengikuti peraturan jalan raya. Jika benar mereka berlumba, saya pasti video mereka berlumba pun akan dipaparkan bersama.

Ni saya buat teguran pada PDRM sebab saya sayangkan institusi Polis Malaysia walaupun kadang² Polis tak berlaku adil kepada saya. Tapi bukanlah niat saya nak mencari salah Polis tetapi saya ingin membantu menjaga nama baik PDRM di depan rakyat Malaysia yang tak reti bersyukur dan meghormati tugas Polis.

Post a Comment

24 Comments

  1. macam ni laa. saudara admin tukar kerjaya. Jadi polis pulak. Boleh rasa bagaimana bila jadi polis nk lakukan kerja dlm operasi. Lepastu bolehlah sedara gubal undang2 tentang cara nak tangkap pesalah "bengong" mcm ni dengan cara lembut mcm saudara admin cadangkan di atas. Kita pakat guna cara "sayanggg...berhenti ye sayangg..saya nak tahan sayangg ni..Jangan lawan arus..tak baik..Allah marah orang bawak moto laju-laju..pastu tunjuk isyarat "fuck" pada saya tau..." haa stuju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sy jadi Polis pun bukannya boleh gubal undang². Komen biar berakal. Jgn biarkan otak lama sgt kat kepala lutut.

      Delete
    2. Polis dengan bebudak tak cukup akal tu bukan lagi main tegasnya, nak tunjuk buat keje banyak...kes jenayah lain buat-buat tak dengar jer!

      Delete
    3. saudara admin,
      so kalau tak boleh jd polis dan tak boleh gubal undang2, mengapa kepoh nak pertikaikan hingga sedara uploadkan isu budak sewel kena pelangkong tu? Untuk pengetahuan sedara admin, kalau penunggang tak buat salah, takde pulak polis nak pelangkung dgn batang kayu? atau sedara pernah kena baling dek polis tak tentu pasal semasa memandu? siapa yg otaknya dibiarkan berkarat dalam isu ni, sedara admin sendiri atau saya?
      sebenarnya, kalau kita tak bersalah walau dimana saja, tak perlulah kita takut dgn orang yg menjalankan penguasaan. Menjalankan tugas sebaik mungkin adalah tanggungjawap. Namun sekiranya manusia sebodoh itu dijalanraya hingga menyebabkan bahaya kp orang ramai, apa pula komen orang ramai kp yg menjalankan tugas. Mereka akan kata "huh polis ada pun mcm tunggul kayu saja" maka makin naik kepalalah manusia2 setan tu.
      Boleh terima sedara admin? gunakan otak walaupun letaknya dikepala lutut!

      Delete
    4. sedara solitaire,
      habis, ko nak polis biarkan budak tak cukup akal tu bermaharajalela kat situ?
      Nanti klau kereta kau tersangkut skali dgn budak tak cukup akal tu, jgn ko sebok sebok nak buat laporan kat balai polis boleh? sebab budak tu tak cukup akal dan polis pun banyak lagi kerja nak buat. Kes jenayah pun polis buat tak dengar aje hingga polis pun kena tembak, kena langgar sana sini..maklum aje polis takde telinga..lagipun polis ni ramai...berjuta..sama ramai dengan rakyat seluruh Malaysia. sorang polis boleh jaga sorang rakyat Malaysia...betul kan sedara solitaire?

      Delete
  2. Pendapat peribadi saya (rujuk video) mungkin kumpulan ini bergiat dikawasan itu dn polis telah mendapat aduan dari orang ramai?

    Depan jalan rumah saya dulu, tiap pagi pukul 3-4pg ada juga kumpulan motorsikal yg mengguna kawasan ini berlumba2, beraksi stunt dan satu pagi saya keluar menegur. Beberapa ari kemudian mereka membaling mercun kearah pintu rumah saya.

    Liar, memang liar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya setuju jika tindakan & penguatkuasaan dilakukan jika terdapat aduan dari awam tapi SOP memukul mat rempit ni tak boleh diperlakukan begitu.

      Delete
  3. Mat motor tu lari dari sekatan polis. Apa msaalahnya? Yang pastinya mat motor tu dah buat salah tak berhenti kat sekatan polis. Lainlah kalau tak ada sekatan polis dan tiba2 orang sergah dan tangkap mamat tu. Yang ni boleh dikira tangkapan awam sekiranya yg menangkap bukan polis sebab mamat motor tu telah melakukan kesalahan terlebih dahulu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau benar dia lari dari sekatan, mmg boleh diambil tindakan tapi biarlah dlm keadaan yg betul. Polis kena pakai baju yang melambangkan PDRM dan paling penting kesalahan tu mestilah jelas dan tidak terselindung. Boleh refer semula video, nampak ada mat rempit yg mengelak dari ditahan pada laluan yg betul.

      Delete
  4. itu sbb mat rempit makin byk dan kurang ajar.bila polis x buat keje,jenayah makin byk kau bising2 pulak.

    ReplyDelete
  5. Mat rempit ni mcm PAS juga..buat U turn..bila polis nmpk diorg buat u turn, tu yg kena sergah..ada paham admin?

    ReplyDelete
  6. Salah tetap salah tapi kalau Polis pakai baju preman, sesuka hati bantai orang dengan kayu. Takpe ker? Jgn ingt setiap mat rempit tu jahat dan suka buat jenayah. Banyak komen² org kat atas ni yg kurang kesedaran mengapa perlunya Polis berhemat semasa mengambil tindakan. Tak perlu lah sampai mencederakan orang semata² kerana mat rempit lari dari roadblock..

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat Mat motor tu lawan arus.. memang patut pun kena belasah

    ReplyDelete
  8. Aku setuju dgn Admin. Polis jgnlah dok belasah orang tak tentu pasal. Kes lari dari roadblok je kan bukannya bunuh orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!. Bukan nak menyokong mat rempit, tapi cara diperlakukan macamlah bbebudak tu buat kesalahan besar! sedangkan kesalahan mungkin takde lesen, road tax mati sahaja tapi disergah dan di kejar sehingga mengancam nyawa mereka!

      Delete
    2. dah tahu kena sergah, berhenti sajalah dekat depan tu. Tak payahlah lari2! kalau berhentti, ada polis nak blasah?

      Delete
    3. dah tahu kena sergah, berhenti sajalah dekat depan tu. Tak payahlah lari2! kalau berhentti, ada polis nak blasah?

      Delete
  9. samseng jln raya ni da la xnk ikut undang2(ada akal tp MCM LEMBU)..kalo polis tahan secara baik tp kalo ada kes samseng jln raya yg trus lnggr polis sampai mati..admin nk kata diorang prlu dilayan secara berkhemah,berbudi bahasa,bersopan santun???cemon la admin ni melibatkn soal nyawa anggota keselamatan..mmng cara kasar mrka salah tp kalo pesalah yg degil dan keras kepala mmng patut dilayan camtu..

    ReplyDelete
  10. Eloklah polis belasah bdk rempit tu. Nnt boleh belasah aku gak yg tak bsalah ni atas motor

    ReplyDelete
  11. Pada satu hari rumah admin telah dimasuki perompak dan telah merogol kelurga perempuannya. Semasa perompak itu keluar dari rumah admin mereka telah terserempak dengan pasukan polis yang memakai pakaian preman. Walaupun pollis tersebut nampak perbuatan perompak itu mereka dengan sengaja tidak menangkap perompak tersebut dengan alasan mereka tidak memakai pakaian seragam atau vest polis. Admin mengucapkan terima kasih kepada polis tersebut kerana mereka melakukan tindakan yg betul untuk tidak menangkap perompak dan perogol ahli keluarganya. Hidup admin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum komen, pastikan level kebodohan diri tu macamne ya. Sebab perkara yg utarakan adalah mengenai tindakan Polis yg dah bsedia utk membelasah mat rempit ni. Sy takda mslh sekiranya Polis menahan dgn cara yg betul dan paling penting keluarkan arahan suruh berhenti saja dan tak perlu belasah mat rempit tu sedemikian rupa.

      "Pada suatu hari, si tukang komen sdg menunggang motor. Tiba² si tukang komen dibelasah oleh Polis kerana disyaki terlibat dlm kes lumba haram. Si tukang komen sedar beliau tidak terlibat tetapi mengucapkan terima kasih kerana Polis tanpa vest telah belasah beliau hanya kerana melalui jalan tersebut"

      Delete
  12. Saya tidak tengok sangat lah video ni. Dua2 pendapat betul. Admin betul jika mereka yang innocent di perlakukan seperti itu. Tetapi kepada yang salah perlu diperlakukan seperti itu juga betul. Kita semua pernah atau ada masih muda. Tetapi kita dididik supaya menghormati orang awam apatah lagi polis. Mat rempit ni kengkadang kelakar tengok kelakuan dorang tetapi yang selalunya hati panas je dengan bunyi bising pastu membahayakan. Nyusahkan orang awam kalau accident. Belum campur kekecohan atau pergaduhan yang selalu ditimbulkan. Entah la apa nak jadi. Walaupun kita tengok polis ni kejam tetapi sebenarnya tidak. Tugas mereka memaksa mereka. Saya dulu suka gak lumba keta, pernah kena tahan tetapi polis kita tidak bertindak ganas kerana saya sedar saya salah dan tidak bersikap aggresif. Polis akan bertindak mengikut situations dimana contoh terbaru ada video yang polis bertindak kasar pada pemandu kereta. Awal disunting dan akhir disunting. Tanda yang dia sebenarnya membuat polis agresif. Pernah sekali di Paris, France...polis mereka memijak kepala pemandu kereta kerana memandu laju sorang2 dan tidak segera berhenti apabila dikejar polis. Dah la pijak kepala tambah lagi acu sub machine gun ke arah kepala. Hanya polis di Ireland saja saya kira berhemah.

    ReplyDelete
  13. Allah tuhan..setiap kesalahan pasti Ada hukuman..usia masih muda dh merayap x tntu pasal..org tua pn tidak berikn perhatian yg wajar..mlm2 ajk ank ngji al-quran..smbhyg thjud..ni x di galakkn ank2 kuar mlm..

    ReplyDelete
  14. aq dah kena dgn polis samdol mana ntah baling ape kat aq.padahal aq baru blik dari kl ke seremban.xde kne mengena aq dgn merempit.lahabau punye polis.lau aq tersungkur memang mkn helmet polis tu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..