Full Width CSS

TERKINI : Menteri Wanita Letak Jawatan Kerana Palestin #SaveGaza #SupportGaza



Berita yang sungguh mengejutkan dunia terutamanya di Britain apabila seorang Menteri Kabinet wanita meletakkan jawatan kerana prinsip tegas beliau.

Beliau yang dimaksudkan ialah Sayeeda Warsi, Menteri Keagamaan & Komuniti UK yang meletakkan jawatan kerana berpendirian mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau enggan bersetuju dengan dasar kerajaan UK yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kemelut yang berlaku di Gaza.

Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Sayeeda Warsi melalui account twitter peribadinya dan disertakan bersama surat perletakkan jawatan.


Untuk makluman, beliau merupakan seorang Menteri beragama Islam di Britain.

Ikuti apa kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan terhadap Sayeeda Warsi yang mengenali lebih dekat  ketika lawatannya ke Sabah awal tahun ini.

"Saya berasa kecewa dengan berita perletakan jawatan Baroness Warsi sebagai Menteri Kabinet Britain petang semalam. Saya memuji pendirian beliau yang tegas dalam mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau kekal teguh dan tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan UK mengenai kemelut di Gaza - sesuatu yang sepatutnya menjadi teladan kepada semua.

Secara peribadi, saya percaya yang masyarakat antarabangsa terlalu memberi penekanan terhadap ancaman Hamas, sedangkan isu sebenarnya ialah penderitaan rakyat Palestin di bumi mereka sendiri, yang perlu diselesaikan atas faktor kemanusiaan. Tidak ada jawapan yang baik untuk membenarkan pembunuhan sedemikian, walau apa pun alasan yang cuba diberikan untuk meyakinkan kita.

April lalu, saya berpeluang menerima kunjungan Baroness Warsi ketika lawatan kerja beliau ke SK Piasau, di kawasan saya di Kota Belud. Dalam masa yang singkat itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu.



Dengan menggunakan projek Big Iftar di Britain - yang diperkenalkan oleh Baroness Warsi ketika menjadi Menteri Keagamaan dan Komuniti UK - kementerian saya menerusi Bahagian Kesejahteraan Bandar telah memperkenalkan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur di USJ4 ketika bulan Ramadan yang lalu.

Majlis ini, yang turut menyaksikan kehadiran pelbagai wakil Gereja dan pemimpin agama lain, bertujuan meningkatkan integrasi komuniti di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Adalah menjadi harapan saya yang usaha ini akan diteruskan dan diterapkan sebagai tradisi kemasyarakatan kita.

Saya mengucapkan Baroness Warsi selamat maju jaya di masa depan. Marilah kita berganding bahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin. #Gaza"



Inilah contoh dan tauladan yang baik untuk kita contohi dari seorang pemimpin yang tegas dan berprinsip untuk menegakkan perkara yang betul pada hematnya.

Semoga langkah berani Sayeeda Warsi ini membuka mata kerajaan UK bahawasanya masyarakat seluruh dunia melihat sendiri kekejaman rejim Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..