Full Width CSS

Siapa Yang Bersalah, Onn Hafiz Atau Si Penyebar Surat Rasmi Rahsia Cadangan Perlantikan SUPOL? @onnhafiz


Bukan sekadar pelik tetapi menjelekkan apabila membaca beberapa posting kawan² dalam Facebook semenjak semalam dan diambil oleh beberapa blog Pembangkang yang mengupload gambar surat Cadangan Pelantikan Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam posting² tersebut, kebanyakannya menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan perlantikan tersebut. Yang membuatkan saya bertambah musykil kenapa selepas beberapa bulan perlantikan baru mereka nak bising?

Ada perkara² di sebalik tadbir yang tak diketahui umum ker?

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan berhubung posting berkenaan yang pada pendapat saya ia adalah satu cubaan untuk mendapatkan kredit / menjadi popular daripada pihak² tertentu atau mungkin si penyebarnya mempunyai hati rohani yang baik serta ikhlas untuk perjuangan UMNO (baik sangka).


Onn Hafiz berbaju hitam.
Perlantikan Onn Hafiz sebagai SUPOL Menteri bukanlah perkara baru dan sudah beberapa bulan beliau mulai menggalas tugasan ini. Bersesuaian dengan jawatan yang dipegangnya dalam Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sembrong sebenarnya telah melayakkan dirinya memikul tanggungjawab kecil ini sebelum memulakan langkah besar sebagai pemimpin pelapis akan datang.

Ada yang persoalkan nanti bakal wujudnya nepotisme / kronisme sebab Onn Hafiz merupakan anak saudara kepada Dato' Seri Hishammuddin. Pada pendapat saya, kita cuba letakkan hal ini ke tepi terlebih dahulu dan kita cuba ingat kembali apa yang dimahukan oleh peringkat akar umbi UMNO itu sendiri.

Kebanyakan ahli UMNO di peringkat Cawangan, Bahagian mahupun Negeri ingin melihat perkembangan dan transformasi UMNO secara lebih positif. Antaranya meremajakan parti dan melihat penampilan pemimpin pelapis daripada golongan muda yang bakal mewarnai kepimpinan negara pada masa hadapan. Nah inilah dia yang cuba dilakukan oleh kepimpinan UMNO hari ini dengan cuba merealisasikan hasrat suara akar umbi.

Armizan Mohd Ali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Papar, Sabah
Begitu juga dengan AJK Pemuda UMNO Malaysia daripada Papar, Sabah iaitu Armizan Mohd Ali yang dilantik menjadi SUPOL kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Turut sama Khairolnezam Shaari yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Pilah diberi kepercayaan sebagai SUPOL Menteri KPDNKK, Dato' Seri Hassan Malek

Begitu juga di Ibu Kota Kuala Lumpur. Menteri Wilayah Persekutuan, YBM Datuk Seri Tengku Adnan juga telah membuat perkara yang serupa dengan melantik Rafi Alli Hassan yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan sebagai SUPOL nya. Banyak penambahbaikan & idea² segar dibawa oleh saudara Rafii buat bos nya di Wilayah Persekutuan.

Rafii berbaju merah
Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan melantik Datuk Megat Firdouz Megat Junid jadi SUPOL beliau, tiada siapa kisah dan nak persoalkan pun.

Pada pendapat saya selagi orang yang dilantik ini tidak membuat kesalahan dan kesilapan yang memalukan agama & parti, kita teruskanlah menyokong mereka demi kelangsungan survival parti keramat Melayu terulung ini.

Bak kata kawan saya, mencari kesalahan dalam parti sendiri begitu mudah tetapi melihat kesalahan yang secara terang²an dalam parti lawan, kita asyik mendiamkan diri tanpa melihat ia satu perkara yang hampir serupa tetapi berbeza cara mengagihkan jawatan penting dalam parti.

Lihat saja PKR dengan jawatan penting dipegang oleh Wan Azizah, Nurul Izzah dan Anwar.
Lihat saja DAP dengan jawatan penting dipegang oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng disusuli dengan sisa² dinasti Karpal Singh.
Lihat saja PAS dengan jawatan penting dipegang oleh Nik Abduh yang meneruskan pemerintahan ayahnya Nik Aziz.


Persoalannya : Bagaimana surat rahsia kerajaan ini boleh tersebar, siapa dalang yang cuba mengeruhkan keadaan ini. Kalau ikutkan pada gambar surat tersebut terdapat bayang² tangan & handphone, mungkin gambar tersebut diambil menggunakan Samsung (jika dilihat pada size nya lah) :D

Post a Comment

3 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..