Full Width CSS

Syarikat Consultant Projek Warisan Merdeka Didenda RM50,000 Sebabkan Banjir Di Kuala Lumpur


Sebuah syarikat perunding bagi Projek Warisan Merdeka di Jalan Stadium di sini, didenda sebanyak RM50,000 kerana gagal menyelenggara sistem perangkap kelodak di tapak projek itu sehingga menyebabkan banjir kilat di ibu kota semalam.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, syarikat itu juga diberi amaran oleh pihaknya bagi memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang.
"Kes tersebut berlaku disebabkan sistem perangkap yang berfungsi untuk menahan kelodak daripada terus mengalir ke sungai itu tidak diselenggara dengan sempurna sekali gus menyebabkan banjir lumpur di Jalan Sultan," katanya.


I berhubung ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ekoran banjir kilat yang menyebabkan sebahagian ibu negara 'lumpuh' petang semalam.

Ratusan kenderaan pula 'tenggelam' selepas sebuah tempat letak kereta di Jalan Kia Peng di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter berpunca daripada hujan lebat selama hampir dua jam.

Antara kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Ampang, Jalan Pinang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Jalan Raja Chulan dan Kampung Baru.

Selain faktor pembangunan di ibu negara, banjir kilat itu dikatakan turut berpunca daripada kadar taburan hujan yang tinggi dalam tempoh sejam semalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. 50 ribu, sama macam tak saman...

    kira berapa kereta rosak, berapa kerugian mereka, dan saman lah ikut jumlah tuuuh

    ReplyDelete
  2. 50 K aje....itu saman cukup syarat je tu...bayangkan tak bayar parking DBKL saman RM 100...kerosakan harta benda KUALA LUMPUR...kehidupan rakyat kena denda RM 50K je...yg DBKL kena tanggung dan rakyat kena tanggung berapa pulak...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..