Full Width CSS

Akta Hasutan Bukan Untuk Musuh Politik #UMNO @IsmailSabri60 #PAU2014 @NajibRazak


Isu Akta Hasutan 1948 dikekalkan menjadi buah mulut para pembahas dan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014). Bahkan perkara ini juga dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 diumumkan oleh Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak pada Ucapan Dasar PAU 2014 Khamis lepas.

Turut menyuarakan sokongan Dato' Ismail Sabri yang berpendapat sudah tiba masanya kerajaan bertegas terhadap mereka yang menjadi petualang perosak bangsa.

"Ini adalah kehendak suara akar umbi yang selama ini mahukan akta ini dikekalkan," katanya.

Beliau menjelaskan Pembangkang hari ini cuba memanipulasi isu kononnya kerajaan cuba menggunakan Akta ini kepada musuh-musuh politik. Walhal realiti sebenarnya kerajaan tidak pernah menggunakan akta ini demi kepentingan politik.

"Di dalam akta hasutan sudah jelas tertera iaitu tidak boleh menghasut untuk menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak sah."

"Namun beberapa kali pihak Pembangkang menghasut rakyat supaya berarak di atas jalan raya termasuk Tian Chua beberapa kali juga menggunakan media sosial termasuk meletakkan tarikh untuk menggulingkan kerajaan."

Ternyata tuduhan Pembangkang tidak berasas apabila Tian Chua tidak diambil tindakan serius dan ditangkap kerana membuat hasutan ketika itu.

Beliau juga turut mengingatkan bahawa dengan adanya Akta Hasutan ini, dirasakan pada masa akan datang tidak ada pihak bakal melakukan kesalahan yang membabitkan isu-isu sensitif dan keselamatan negara.

"Sebenarnya akta ini untuk melindungi semua. Bukan saja melindungi agama Islam bahkan untuk agama-agama lain. Rakyat perlu yakin bahawa Akta Hasutan ini dapat melindungi kepentingan semua pihak," katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Now that the PM has agreed to keep and strengthened SA'48, let's just do it and don't waste time answering those whining and barking by opposing parties. Everybody and PM has now convinced the country needs this SA. Now move on to run the country and get every concern to get back to work....don't waste time entertaining many idiots and clowns wanting to chaos the country.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..