Full Width CSS

Sudah Tiba Masanya KDN Lebih TEGAS Tangani Jenayah Warga Asing @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dica­tatkan antara Januari - Ogos 2014. Mungkin sekiranya kita menunggu sehingga penghujung tahun ini, jumlahnya bakal bertambah melebihi 10,000 kes jenayah.

Sebagai warganegara, saya sendiri merasakan takut dengan melihat angka tersebut kerana lokasi tempat tinggal saya hari ini, terdapat juga beberapa buah rumah yang menempatkan pekerja² warga asing. Bukan saja warga Indonesia & Bangladesh, malah warga Iran, Myanmar, Pakistan, Vietnam, China dan beberapa lagi warganegara luar.
Dari segi risikonya, saya lebih concern keselamatan anak dan juga isteri saya. Begitu juga perasaan yang dialami oleh jiran² tetangga yang lain turut merasakan 'ancaman' boleh tercetus bila² masa saja.


“Walaupun perangkaan itu masih kecil berbanding keseluruhan indeks jenayah negara, polis sentiasa memberi perhatian serius dalam membendung kegiatan jenayah melibatkan warga asing ke­rana boleh membawa kemudaratan kepada rakyat tempatan”
- Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri

Jom tengok senarai kes jenayah yang melibatkan warga asing / pendatang tanpa izin daripada Januari sehingga Ogos 2014.

2,306 Jenayah Kekerasan
Bunuh - 167
Rogol - 138
Samun Berkawan Bersenjata Api - 108
Samun Berkawan Tanpa Senjata Api - 1,008
Samun Besenjata Api - 10
Samun Tanpa Senjata Api - 377
Mencederakan - 498

7,190 Jenayah Harta Benda
Curi - 1,871
Curi Kereta - 568
Curi Motosikal - 1,252
Curi Jentera Berat - 78
Ragut - 318
Pecah Rumah - 3,103

Statistik Kes Jenayah Melibatkan Warga Asing Mengikut Tahun
Tahun 2012 - 1,575 / 153,669 kes jenayah (1%)
Tahun 2013 -  13,591 / 147,062 kes jenayah (9.2)
Tahun 2014 (Sehingga Ogos) - 9,496 / 85,029 kes jenayah (11.2%)


Apabila melihat angka² di atas ini, saya tidak pasti sama ada warga asing ini tidak takut membuat jenayah atau sebenarnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dengan baik. Tetapi saya yakin pihak berkuasa sentiasa memantau pergerakan mereka ini cuma kadang² bila hal ini berlaku di luar pemerhatian mereka saja.

Mengambil kira atas faktor keselamatan semua pihak terutamanya warganegara Malaysia, saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada pihak berkuasa tempatan yang mana mungkin sedikit sebanyak dapat melegakan hati beberapa pihak.

1. Jika pesalah warga asing melakukan jenayah, hukuman penjara dikenakan. Kemudian adakah mereka akan dilepaskan daripada penjara dan masih boleh mendiami di negara ini atau mereka akan dihantar ke negara asal?

2. Jika pesalah warga asing melakukan jenayah, adakah mereka ini akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini?

3. Adakah undang² khas yang diperuntukan untuk membekukan segala transaksi bank penjenayah asing di dalam negara ini.

4. Bagi pesalah warga asing yang memasuki negara ini secara halal (visa pelawat / kerja) tetapi menjadi GRO / memberi khidmat seks, adakah mereka ini akan dihantar pulang ke negara asal dan disenaraihitam daripada memasuki negara ini atau dibebaskan selepas mengambil keterangan?

Realiti yang kita terpaksa terima hari ini adalah kes jenayah sukar dibendung apabila kegiatannya berlaku di luar kawasan pemantauan dan juga boleh berlaku sekiranya masyarakat tidak mengambil perhatian kecenderungan perkara² sebegini.

Saya mohon jawapan daripada pihak² berwajib dan jawapan tersebut akan disiarkan di dalam blog ini untuk perkongsian maklumat bersama. Terima kasih.

Post a Comment

1 Comments

  1. menetapkan perlaksanaan hukum yang 2 kali ganda beratnya tanpa budi bicara terhadap warga asing yang melakukan jenayah atau menghantar balik ke negara asal bagi mengekang jenayah ini berleluasa .cadangan saya

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..