Full Width CSS

Pemuda & Puteri UMNO WP Hantar Bantuan Sampai Tengah Malam #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur



Konvoi Prihatin Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO WP telah tiba di Kuala Lipis dan disambut oleh Ahli Parlimen Kuala Lipis merangkap Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Hj. Rahman Mohamad.

Konvoi telah dipecahkan kepada 5 kumpulan yang akan masuk ke beberapa kampung seperti Kg. Mela, Kg. Aur Gading, Kg. Jeram Landak, Kg. Redan & Kg. Seberang Jelai.


Setelah mengharungi jalan raya yang mula dinaiki air. Akhirnya konvoi tiba di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan beberapa buah kampung tidak dapat diakses oleh sukarelawan Pemuda & Puteri UMNO WP. Namun di Kg. Mela hanya boleh diakses dengan trolley 'maintenance train'.

Kebanyakan kampung yang dikunjungi ini telah terputus hubungan melalui jalan darat dan talian elektrik telah diputuskan oleh TNB kerana dibimbangi bakal mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.


Urusan penghantaran bantuan di Kg. Redan pula, konvoi telah menemui sebuah keluarga di mana suaminya kini berada di Hospital Kuala Lumpur disebabkan demam denggi. Manakala isterinya pula masih sedang berpantang selepas melahirkan anak. Beberapa barang keperluan harian disampaikan kepada keluarga mangsa.

Tahniah kepada kesemua peserta konvoi yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan sehingga larut malam. Laporan yang diterima, ada beberapa kumpulan konvoi yang memyampaikan bantuan sehingga jam 3pagi.



Hari ini bantuan diteruskan lagi ke Temerloh & Maran. Semoga urusan bantuan ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T, Amin.

Post a Comment

0 Comments