Full Width CSS

Pendekatan Ismail Sabri Bersama Pengundi Bera Di Kuala Lumpur Menampakkan Petanda Positif @IsmailSabri60


Secara peribadi apabila saya melihat sambutan pada majlis perjumpaan anak-anak kelahiran Bera, Pahang yang berhijrah di Kuala Lumpur, saya amat kagum dan tertarik dengan cara pendekatan yang dibawa. Tidak rasmi dan santai bersahaja.

Pertamanya saya kagum dengan sikap Dato' Seri Ismail Sabri yang tak menang tangan melayan tetamu yang hadir pada program tersebut. Beliau nampak begitu excited apabila berbual dengan pengundi-pengundinya dan ahli keluarga yang turut hadir.


Keduanya saya respect dengan peribadi beliau yang nampak humble dan sedia menjadi pendengar yang baik apabila berbicara dengan tetamu. Beliau tampak begitu fokus dengan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut mereka yang hadir. Pada hemat saya, jika seseorang itu fokus mendengar maksudnya mereka sedang menilai dan menerima apa diperbincangkan. Maksudnya Dato' Seri sendiri menerima dan memperhalusi apa yang sedang dikatakan.

Saya berpandangan program-program sebegini harus dijadikan contoh kepada mana-mana pemimpin sedia ada hari ini. Adakan program terbuka untuk sesiapa saja hadir dan tidak diadakan secara tertutup. Yang paling penting, kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.


Apabila engagement wujud antara pemimpin dan pengundi, berkemungkinan sokongan terhadap pemimpin akan terus kekal mekar dengan adanya program² sebegini yang secara berterusan diadakan.

Dalam program tersebut juga beliau turut mengumumkan Kementerian Industri & Pertanian Asas Tani menyampaikan 3,000 kampit beras sumbangan BERNAS keesokan harinya di Putrajaya.


Beliau menyerahkan sumbangan tersebut kepada sukarelawan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Briged Kesatria Muda Malaysia (BKMM) yang diterima oleh saudara Razak, Timbalan Pengerusi BKMM merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepong.

Semoga usaha murni ini diberkati Allah dan didoakan sukarelawan BKMM, selamat bertugas dan dipermudahkan urusan.



* dulu rakyat biasa nak jumpa Menteri masa pilihanraya je tapi sekarang Menteri turun cari kita.

Post a Comment

0 Comments