Full Width CSS

Seorang Komando Malbatt 850 - 2 Meninggal Dunia

Seorang anggota komando yang menyertai MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations Interim Force (UNIFIL) di Lubnan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam tugas, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, anggota berkenaan, Koperal Azman Che Soh, 34, yang menyertai misi itu sejak 18 September lalu sedang bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah Lubnan.
“Ketika itu, dia tidak sedarkan diri dengan tiba-tiba dan dia dibawa ke Hospital Level 1 MALBATT untuk rawatan awal dan apabila arwah masih tidak sedarkan diri, dia kemudiannya dibawa dirujuk ke Hospital Level 1, Naqoura.

“Arwah disahkan sudah meninggal dunia pada 10.45 pagi waktu tempatan dan bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Hariri, Beirut untuk mengenal pasti punca kematiannya,” katanya. Pihak kementerian belum dapat memastikan tarikh ketibaan jenazah ke Malaysia bagaimanapun majlis penghormatan jenazah akan diadakan di Pangkalan TUDM Subang pada hari berkenaan sebelum diterbangkan ke Kota Bharu, Kelantan untuk urusan pengebumian.

Post a Comment

0 Comments