Full Width CSS

Portal Hiburan Alih Isu Kegagalan Perhimpunan #KitaLiwat Dengan Gambar Artis Separuh Bogel?


Takda angin takda ribut tiba² muncul pula Diana Danielle dengan berpakaian separuh bogel dan dibaluti dengan bendera Amerika Syarikat di dalam majalah Esquire Malaysia.

Motif untuk bergambar sebegini tak dinyatakan tetapi dalam temuramahnya dengan Editor majalah tersebut ada dia katakan bahawa, Diana kini begitu cerewet memilih projek² yang memerlukan khidmatnya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” jelasnya lagi sambil memberitahu dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti dan hanya mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Perghh ini mungkin projek yang dia anggap paling 'terbaik' kot dan sudah pasti melonjakkan namanya.

Tapi bila baca komen² yang terdapat di portal yang menguploadkan cerita sensasi ni, saya agak terperanjat apabial ada yang berpendapat tindakan Diana ini tidak perlu disensasikan kerana Diana kelihatan agak cantik.

Walhal pendapat pembaca yang lain ingin mengutarakan bahawa si pelaku perlu kembali kepada ajaran Islam yang asas iaitu menutup aurat dan mengasihani suami yang terpaksa memikul segala dosa perilaku isteri yang gagal dinasihati.

Lihat di bawah.





Itu je la nak tulis pasal artis.

Apa yang penting kaum wanita yang dah bersuami mahupun tidak. Disamping mendapat dosa secara percuma, suami atau bapa anda yang tak tahu menahu juga boleh dikurnikan dosa secara automatik.

Insaflah.

Post a Comment

0 Comments