Full Width CSS

Wanita Terkedu Dihendap Ketika Membasuh Pinggan


Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.

“Saya pelik apabila kucing dan ayam tidak berhenti berbunyi lalu memandang melalui tingkap sebelum melihat ular tedung selar yang sangat besar sedang berdiri setinggi kira-kira 1.5 meter.

“Saya terus menghubungi saudara terdekat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk bantuan sambil menutup tingkap dan pintu bimbang ia masuk ke dalam rumah,” katanya.


Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya belum keluar bermain di laman rumah seperti kebiasaan.

Dia yang pulang pada hujung minggu ke rumah ibunya, berkata halaman rumah ibunya memang pernah didatangi ular sawa sebelum ini.

“Sudah beberapa kali rumah ini didatangi ular dan saya selalu berpesan kepada ibu supaya sentiasa menutup tingkap dan pintu kerana bimbang haiwan itu masuk ke dalam rumah,” katanya.



Ketua JPAM Daerah Segamat Nur Jazlan Jamaluddin berkata, pihaknya menghantar empat anggota ke tempat kejadian dan menangkap ular tedung selar yang dianggar seberat lebih 40 kilogram itu.

“Kami mengambil masa 25 minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Segamat,” katanya.


P/s : Gambar lelaki mengintai tu takda kena mengena dengan ular tedung selar ni.

Post a Comment

0 Comments