Full Width CSS

Kelemahan Pengurusan Tertinggi #KTMB Mahu Kurung Diri Isu #Komuter? @NajibRazak


Rasanya dah berpuluh² kali dan barangkali ratusan bahkan mungkin ribuan luahan perasaan daripada pengguna #Komuter #KTMB yang saban hari bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam dari seluruh lokasi menuju dan keluar daripada Kuala Lumpur.

Permasalahan ini bukanlah perkara baru bahkan ia seakan sudah menjadi sinonim kepada sekalian rakyat iaitu pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan ini untuk ke destinasi pilihan mereka.

Saya sendiri sebagai warga Kuala Lumpur, pernah menggunakan perkhidmatan Komuter dan secara peribadi memang wujud perasaan yang digambar seperti komen² di bawah ini. 




Luahan² pengguna menerusi laman sosial adalah salah satu cara mereka mengekpresikan diri dengan keadaan semasa yang tidak langsung menyebelahi mereka. 

Saya merasakan pihak KTMB khususnya perlu mengambil langkah sewajarnya bagi menangani permasalahan ini. Harus diingat, ini bukan isu sekali dua kejadian seperti ini berlaku tetapi ia terlalu kerap berlaku dan kelemahan ini berada di dalam barisan kepimpinan KTMB yang lemah dan seolah² tak ambil peduli.

Perlu ada langkah menghalangnya daripada terus berlaku dan menyusahkan rakyat. Kerana hari ini, kesilapan dan kesalahan agensi² dan syarikat² GLC di bawah kerajaan Persekutuan akan memberikan impak negatif kepada Perdana Menteri dan pemimpin² atasan.

KTMB perlu bertanggungjawab atas setiap kejadian yang tak diingini berlaku. Saban tahun kerajaan telah menyalurkan berbilion² ringgit dalam bajet tahunan. Ini semua dilakukan semata² untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna perkhidmatan awam.

Dalam masa yang sama sebenarnya kerajaan cuba berkempen dan memberitahu rakyat agar orang ramai menjadikan tren komuter dan perkhidmatan awam dalam bandar sebagai pengangkutan utama. Agar kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.

Tapi perkhidmatan awam sendiri pun dah kantoi teruk, apatah lagi nak ajak orang lain supaya ikut cakap kita sebagai kerajaan? Nak salah siapa lagi kalau hal ini asyik berulang² terjadi?

Masih mahu ditambah beban kepada Perdana Menteri atau KTMB perlu diselaraskan semula supaya menjadi syarikat GLC yang mampu berdaya saing dan ke hadapan menuju cita² wawasan kemajuan negara menjelang 2020.

BACA DI SINI, SALAH SIAPA DALAM KTMB ?

Post a Comment

1 Comments

  1. Semua komplen nak kan perkhidmatan yang baik lagi cun. Tapi bila rugi korang bising. Bila nak naikan harga tambang......korang bising2

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..