Full Width CSS

Luahan Hati ADUN Selangor Yang Benar² Menyentuh Hati

Gambar Hiasan

1987, ketika tingkatan 3 kami diarah balik ke rumah kerana asrama tempat kami menginap akan digunakan untuk program SEMARAK. Khabarnya Perdana Menteri, Dr Mahathir akan datang ke Sungai Besar.

Di Padang Tonggak 10, ramai sungguh manusia, diatas pentas kelihatan Tan Sri Mat Taib - MB, Mat Rahmat, Sanusi Junid. Inilah kali pertama saya melihat pemimpin secara live. Tugas saya pada ketika itu ialah mengedarkan makanan kepada hadir di 2 lokasi,

Parit 2 Barat dan Tonggak 10. Upahnya sekadar RM5. Cukuplah makan soto Komari dan cendol Karim.

Lagu Setia pun berkumandang dan ia menjadi siulan kami di sekolah dan kanak-kanak turut sama menyanyikannya. Pada ketika itu saya tidak tahu apa tujuan himpunan seramai itu cuma soksek politik ialah Mahathir mahukan sokongan rakyat kerana ada krisis dengan Sultan.

Saya membesar dengan Mahathir menjadi PM dan seingat saya hubungan sentiasa tegang dengan Tunku Abdul Rahman. 1986, TPM, Musa Hitam meletakkan jawatan.

Apabila saya melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam sains politik, mengkhusus kajian propaganda. Memahami peranan Goebbels, Menteri Propaganda zaman Hitler. Menyemak pula peranan Tok Mat ketika Tun Mahathir berhadapan krisis Sultan. Rupanya itulah propaganda.

Pada ketika ini, ketika saya dewasa Tun Mahathir road tour sekali lagi mengumpulkan orang dan saya mulai faham tujuannya.


Penulis :-
YB BUDIMAN MOHD ZOHDI
ADUN Sg. Panjang, Selangor

Post a Comment

0 Comments