Full Width CSS

Sekarang Masanya Pemuda UMNO Jadi Kumpulan Pendesak !! #MelayuBersatu #KekalNajib


Pertamanya sekalung tahniah dan penghargaan buat Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia kerana berani bangkit membuat kenyataan media mendesak pihak 1MDB dan Tabung Haji (TH) memberikan penjelasan berhubung isu pembelian tanah TRX di segitiga emas, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Banyak pihak terutamanya cyberstroopers pro UMNO/BN begitu terperanjat melihat ramai Ketua Pemuda UMNO negeri² yang mengeluarkan kenyataan terbabit setelah ianya dikeluarkan terlebih dahulu oleh Pemuda UMNO Johor.

Itu satu petanda positif bahawa Pemuda UMNO sudah alert dengan situasi semasa dan pastinya ini juga merupakan petanda bahawa Pemuda UMNO akan bangkit lebih berani menentang dan mempertahankan keperluan rakyat Malaysia khususnya.

TAHNIAH !

Kelmarin, saya membaca artikel daripada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin. Umum ketahui dan saya yakin kebanyakan EXCO serta Ketua Pemuda UMNO Negeri² sedar akan penulisannya yang tajam dan berbisa untuk ditelan.

Sesekali penulisannya membuatkan kita sebagai ahli menjadi menyirap kerana dakwaan yang kurang enak dan juga tidak syok dibaca kerana kesahihan artikel yang dinukilkan tersebut disangsi kesahihannya. Terutama bab menyerang Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Sebagaimana sebelum ini, penulisannya turut dipick up oleh MalaysiaKini. Zainuddin Maidin mendakwa pada mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam akan berlaku cadangan @ desakan daripada ahli² supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan dan berundur. Ini dakwaan keras dan secara peribadi saya menilai penulisannya lebih kepada menjadi batu ronson / batu api yang menggalakkan perpecahan sesama ahli.

Walaupun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi ianya jelas memperlihatkan bahawa Zainuddin Maidin sengaja mewujudkan sentimen kepada rakyat terutamanya ahli parti untuk turut sama menolak kepimpinan sedia ada hari ini.

Sebagai ahli UMNO yang sayangkan parti, saya menulis ini untuk memberitahu kepada pembaca dan masyarakat bahawa penulisan Zainuddin Maidin tidak boleh dipercayai dan sememangnya berunsur fitnah yang sengaja dinukilkan bagi mewujudkan rasa ketidakpuasan hati serta kemarahan di kalangan ahli terutamanya.

Di sini saya ingin mendesak secara peribadi kepada semua Ketua Pemuda UMNO Negeri² yang pernah mengeluarkan kenyataan mendesak penjelasan daripada 1MDB dan TH tempoh hari supaya tampil sekali lagi ke hadapan menolak politik persepsi yang cuba dijanakan oleh bekas Ketua Editor Utusan Malaysia ini.

Itu pun jika ada rasa belas kasih dan sayang terhadap Presiden parti dan UMNO lagi. Jika tiada perasaan tersebut, tak mengapalah kerana barangkali tidak menjadi masalah sekiranya UMNO terus diserang secara bertubi² tanpa fakta oleh orang² yang berkepentingan dan berniat jahat.

Fikir²kan lah !

By the way, TAHNIAH sekali lagi Pemuda UMNO berani tampil buat desakan kepada Presiden UMNO sebelum ini. Really salute lah. Serius.. !!

Post a Comment

4 Comments

  1. Kah kah kah...

    Pemuda Umno dibawah Khairy Jamaluddin & Azwan sudah menjadi Pemuda Pondan...

    Selepas semua cakap baru nak bertindak, itak udang, otak zumba zumba, itu tahu ler mika semua.

    Khairy terpalit & beremosi bila Berahim hilang kontrak supply dgn MAS..., 25 tahun jadi 5 tahun, option boleh tendang. Dah lamaaa Berahim buat untung, bagilah kat orang laun pulak...itukan Slogab BN jugak...

    Khairy & Azwan Bro...pon Silalah Letak Jawatan... Menyampah tengok muka kau orang berdua....

    ReplyDelete
  2. Admin ni pandai mainlah kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Sy sngt brharaplah supaya maruah org melayu ini terbela, Setidak-tidaknya oleh Pemuda UMNO. Sejak pentadbiran najib ni rasa maruah melayu dipijak-pijak macam tak ada harga. Sejak dari Hindraf, namawee, alvin tan sehinggalah yg terbaru insiden di low Yat. Apa yg amat mengecewakan bila org melayu retaliate maka secepat kilat PM akan arah PDRM ambil tindakan guna pelbagai akta untuk dakwa bangsa sendiri. Amat-amat mengecewakan dan pahit utk ditelan. Mengapa perkara ini berlaku?? Setidak-tidaknya suraikanlah rasa tidak puas hati orang melayu dan jgn pula mereka didakwa...sehingga myebabkan baangsa biadab bertepuk tangan. Inilah antaraperkara-perkara yg orang melayu tidak puashati dengan najib. Demi nk jaga hati bangsa lain bangsa sendiri sanggup dijadikan korban. Benarlah peribahasa melayu, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..