Full Width CSS

#BAHTERA Lagi Satu Program Bantu Usahawan Bumiputera Dilancarkan Perdana Menteri DS @NajibRazak #KekalNajib


Kerajaan akan terus memperkenal dan melaksana pelbagai program bagi menghasilkan satu kelompok atau kelas usahawan bumiputera yang lebih teguh dan mantap terutama apabila negara mencapai status negara maju pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha untuk merealisasikan matlamat itu telah dilaksana dan ada sedikit kejayaannya, namun ia tidak menampakkan kejayaan sepenuhnya terutama dari segi bilangan dan kedudukannya untuk bersaing dalam pasaran.
"Kita telah berjaya selama ini untuk mewujudkan kelas menengah bumiputera, melalui dasar-dasar kerajaan yang telah mencetuskan apa yang disifatkan sebagai 'social mobility' iaitu mereka yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan profesional, mereka yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, yang mendapat kelulusan akademik.

"Namun satu lagi usaha kita ialah untuk mewujudkan satu lagi kelompok dalam komuniti bumiputera iaitu dalam kalangan para usahawan," katanya semasa berucap melancarkan BAHTERA Bumipreneurs of Tomorrow, di sini Rabu.

Perdana Menteri berkata dalam 'langkah terakhir' sebelum mencapai negara maju, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mencapai hasrat itu termasuk mewujudkan badan-badan seperti Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan menggariskan usaha-usaha untuk pemerkasaan ekonomi bumiputera.


Katanya, selain itu kerajaan juga memperkasakan peranan badan-badan atau agensi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat dan TEKUN serta memperkenalkan dasar-dasar baharu bagi membantu usahawan bumiputera.

"Inilah antara yang kita laksanakan terkini termasuk juga iaitu syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai non core business (perniagaan bukan teras) yang boleh dijual kepada usahawan bumiputera dan melakukan partnership dalam perniagaan tertentu, kita lakukan kerana pada akhirnya kita mahu usahawan bumiputera yang mampu bersaing," kata beliau.

Mengenai BAHTERA, Najib berkata ia merupakan satu lagi inisiatif baharu yang juga satu platfom mengumpul data mengenai usahawan bumiputera dan boleh digunakan untuk pemerkasaan mereka.

Katanya, dengan adanya data itu nanti, maka kerajaan boleh menyampaikan maklumat secara lebih fokus kepada komuniti usahawan bumiputera tentang bagaimana mereka boleh mengembangkan aktiviti keusahawanan mereka.

"BAHTERA ini juga membolehkan usahawan menjalin hubungan dalam perniagaan dan menyokong supply chain (rangkaian bekalan) antara satu usahawan dengan usahawan lain, dan untuk mereka mendapatkan produk dari usahawan lain," katanya.

Perdana Menteri bagaimana pun menekankan, di sebalik pelbagai usaha dan dasar yang dilaksanakan, jalinan kerjasama dan sokongan antara usahawan juga menjadi perkara yang harus diamalkan untuk memperkasakan komuniti usahawan bumiputera.

"Kalau kita boleh melihat dimensi tambahan ini, maka saya percaya bahawa ia akan merupakan satu lagi impetus kepada peningkatan pemerkasaan komuniti usahawan bumiputera," kata beliau.

BAHTERA merupakan program kesedaran untuk menyediakan usahawan bumiputera menghadapi alam perniagaan dengan menggunakan teknologi, model perniagaan baharu dan rangkaian niaga untuk memastikan daya kemampanan.

Program dua hari bermula Rabu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini menyediakan pelbagai agenda yang memfokuskan untuk membangun dan mengembangkan perniagaan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Kewangan dan Unit Strategi Nasional yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan selain syarikat-syarikat dari komuniti usahawan bumiputera yang turut menyediakan perkongsian ilmu dan bengkel keusahawanan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Inilah antara sebab utama kenapa puak TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-EJEN/KULI-CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1 – yang memang nak MENUMBANGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kita, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA kita serta KERAJAAN di NEGARA ISLAM KITA ni!

    Ingat, kami MAJORITI Bumiputera Islam/Melayu sama sekali TIDAK akan MELUPAkan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kami - di mana tanpa FELDA, tanpa DEB, tanpa MARA dsbnya, MAJORITI kaum BUMIPUTERA (terutamanya BUMIPUTERA Islam/Melayu MISKIN yg. amat diBENCI Penjajah British/ZIONIS dan EJEN-EJEN depa dr- puak PENDATANG) mungkin ramai akan terus menjadi KULI-KULI Pengutip/Penyapu SAMPAH, dan diANIAYA “middle-man“ ke atas kaum PETANI/NELAYAN kita dsbnya, dr. satu jenerasi ke jenerasi lain, SELAMAnya, akibat hanya dapat peluang bersekolah rendah, melainkan menjadi askar dan polis waktu itu!

    Begitulah nasib yg. MENIMPA nasib nek moyang dan mak dan bapak aku yg. tak dak peluang ke Tingkatan Satu (sek. menengah ketika di zaman PENJAJAH-British/ZIONIS-KEPARAT tu hanya utk. golongan ELIT terutamanya dr. kaum Pendatang)! Bayangkanlah tanpa DEB, mungkin aku juga menerima nasib yg. sama; begitu juga MAJORITI kaum BUMIPUTERA, yg. MAJORITI adalah golongan MISKIN waktu itu!

    Dan besar kemungkinan juga, BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta Tanah Melayu kita ini, Allahyarham-Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI6-Mossad (keduanya meninggal di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an, dari kanser termasuk Leukimia, yang juga sejenis kanser dalam darah atau tulang, dengan seorang doktor British yang SAMA) dgn. bantuan si PENDATANG KAPIRDAJAL PAP/DAPBANGKAI BABI! Barat-Israel juga adalah sekutu kuat PAP-DAPBANGKAI – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009!

    Kanser/sakit jantung dsbnya, juga telah dibuktikan sebagai MO utama PENJAJAH Barat-Zionis diketuai CIA-MI6-Mossad untuk menghapuskan pejuang Islam/Bumiputera yang nationalis di “ Dunia Ketiga“ (dan sekarang terutamanya pemimpin Islam yang nasionalis) - sila lihat di - http://www.globalresearch.ca/the-cia-has-attempted-to-assassinate-50-foreign-leaders-including-chavez/5326864, The CIA has Attempted to Assassinate 50 Foreign Leaders Including Chavez, Global Research, March 15, 2013; dan di - http://imeu.net/news/article0024562.shtml, Israel's History of Assassinating Palestinian Leaders, The IMEU, Nov 6, 2013!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..