Full Width CSS

Beberapa Jawapan Kepada Persoalan Yang Membelenggu Rakyat & Pemimpin PAS


Berikut adalah beberapa kenyataan yang dijawab berdasarkan persoalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.

Jom baca dan kongsikan 10 soalan dan 10 jawapan untuk dijadikan pedoman buat Tuan Ibrahim Tuan Man hehe.

1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

#Jawapan 1 :
DS Najib menerima sejumlah RM 2.6 billion. Selang beberapa bulan akaun itu ditutup. Kalau tuan duduk dah berfikir dengan baik, sebenarnya membiarkan akaun itu di buka adalah tidak amanah. Akaun akan di tutup apabila tiada lagi wang di dalamnya. Maknanya, ianya telah di keluarkan dan diagihkan secara amanah. Jika DS Najib tidak amanah, dia akan biarkan sahaja wang itu di dalam akaun berkenaan. Banyangkan RM 2.6 billion dengan fix interest rate 3%, buta2 sahaja DS Najib dapat RM 78 juta. DS Najib boleh buat begitu tapi beliau tak mahu.

2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?

#Jawapan 2:
Bukankah TSMY telah memberitahu ianya datang dari Timur Tengah? Anda tidak alert dengan perkembangan semasa.

3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?

#Jawapan 3:
Tuan sangat lucu. Tuan ambil kenyataan SPRM kemudian Tuan tanya tentang rasuah. "Core bisness" SPRM adalah rasuah. Jika benar ada rasuah, sudah pasti SPRM nyatakan.

4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.

#Jawapan 4:
Sudah pasti bersyarat. Penderma mahu menderma pada akaun yg beliau kenali. Beliau juga tidak mahu dikenali. Atas sebab itu DS Najib wujud akaun peribadi atas nama beliau. Dermawan ini tidak suka menunjuk. Tidak seperti tuan yg suka mempamerkan kebodohan diri.

5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

#Jawapan 5:
Apa yang SPRM umumkan adalah bagi pihak SPRM. Dalam perakaunan adalah bidang BNM dan ianya masih dalam siasatan. Mohon saudara lebih celik dgn perkembangan sesama. Soalan begini tak menampakkan anda cerdik.

6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?

#Jawapan 6:
Sekali lagi anda menggunakan kenyataan SPRM. Dan SPRM menyatakan dengan jelas bahawa ianya bukan dari 1MDB. Saman bukan pembersih dosa. Kenyataan WSJ juga agak kabur tentang pertuduhan mereka. DS Najib bukan seorang yg suka membuang masa seperti anda.


7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

#Jawapan 7:
Sudah pasti dimaklumkan. Ianya melibatkan transaksi sejumlah wang yang besar. Ini pengetahuan am.

8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

#Jawapan 8:
LHDN hanya menyiasat wang yg tidak ketahuan punca. Tetapi dari siasatan SPRM jelas ianya adalah sumbangan luar. Apakejadah pula melibatkan LHDN?

9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?

#Jawapan 9:
Sebab ianya dalam siasatan. Tunggu habis siasat dan dimaklumkan baru bercakap. Bercakap benda yg tak pasti adalah kerja pemimpin2 PAS.

10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

#Jawapan 10:
Apa relevan soalan ini? Anda tanya peranan Nik Faisal. Pada masa yang sama anda nyatakan beliau adalah pengarah urusan. Anda sudah makan ubat kencing manis ka belum?


Saya cuma ada satu ja soalan pada Tuan.
Bila nak jelaskan akaun tabung Memali pada umum??

Nasihat kepada Tuan Ibrahim:

Ada akaun peribadi tak berdosa. Bersangka2 itu berdosa. Ada dalil dalam Al Quran. Atau anda dah delete ayat tersebut?

Dr Aznil Hisham
4 Ogos 2015

Post a Comment

2 Comments

  1. Apa pun jawapannya, dr segi etika adalah salah.

    ReplyDelete
  2. TERBAIK TUAN DR AZNIL. AKU LAGI SUKA BANYAK MELAYU JADI KAYA RAYA.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..