Full Width CSS

12 Parlimen Tidak Akan Serta Kejohanan Liga BolaSepak Rakyat Jika Labuan Terus Disingkirkan


Semangat Hari Raya Aidiladha bukan saja terlihat ketika kita memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Begitu juga bukan saja tergambar di kala kita menyembelih ternakan pada hari-hari yang telah ditetapkan.

Bagi Ketua-Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mewakili parlimen masing-masing untuk kejohanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2015, semangat Aidiladha adalah lebih besar daripada itu.

Hari ini 12 Parlimen dari Wilayah Persekutuan sanggup berkorban untuk menarik diri sekiranya pasukan dari Parlimen Labuan tidak diterima kembali ke dalam LBR setelah mereka tidak diberi peluang langsung dalam pemilihan pasukan yang dikendalikan menerusi Zon Borneo di bawah Sabah FA.

Sebagai Pengarah Sukan Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii ia adalah perkara yang cukup sensitif apabila ketiadaan pasukan dari Parlimen Labuan di dalam kejohanan tersebut kerana pihak KLFA sendiri telah dimaklumkan oleh wakil Parlimen Labuan bahawa mereka berminat dan telah bersedia untuk mengambil bahagian.

Rayuan telah dikemukakan menerusi penyelaras LBR di Kuala Lumpur iaitu pihak KLFA namun telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah LBR - LLP 2015. Oleh yang demikian, ketetapan telah diputuskan menerusi mesyuarat tergempar yang diadakan dengan sebulat suara bersolidariti bersama Parlimen Labuan atas dasar semangat brotherhood.

Untuk info LBR merupakan ilham daripada Presiden FAM Tengku Ahmad Shah melibatkan lebih 110 pasukan dari seluruh negara bertaraf amatur dan pembahagian pasukan dilakukan mengikut zon dengan melibatkan lebih 500 perlawanan. Objektifnya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang bola sepak dari pelbagai daerah di seluruh Malaysia.

#Salute
#Brotherhood

Post a Comment

1 Comments

  1. Sejak bila peras ugut disamakan dengan berkorban?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..