Full Width CSS

Komplot Menggulingkan Kerajaan Harus Diatasi Segera, Bubarkan PAC - @razlanrafii


Isu kebocoran maklumat sulit siasatan oleh PAC terhadap 1MDB perlu diambil serius oleh pihak berkuasa tempatan. Ini bukan perkara main-main dan ini adalah soal menjaga kestabilan negara.

Suara Pemuda UMNO Wilayah jangan diperlekehkan dan dipandang enteng kerana jika tidak diperhalusi isu² semasa ini, ia barangkali boleh menjadi bisa yang menular menjadi kanser di dalam saf kepimpinan negara sekiranya tidak ditangani hari ini.
Agenda menggulingkan kerajaan dengan menggunakan pintu belakang adalah suatu isu yang tidak boleh diabaikan dan dipandang sebelah mata.

Baca seterusnya kenyataan media Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.


Siasat Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Bubar PAC !

Kerajaan perlu membubarkan segera Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedia ada dan menggantikan anggotanya dengan anggota yang lebih kredibel dan berintegriti.

Bekas pekerja PetroSaudi Andre Xavier Justo telah beberapa kali di dalam pengakuan beliau menyebut nama pemimpin Pembangkang, Tony Pua sebagai salah seorang yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.

Malah dalam pengakuannya, beliau mengakui bahawa mereka (pembangkang) juga merancang untuk menyabitkan kesalahan jenayah kepada YAB Perdana Menteri.

Pengakuan Justo yang dibuat di Mahkamah Thailand sepatutnya sudah membolehkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan ke atas Tony Pua, pemilik The Edge Tong Kooi Ong dan editornya Ho Kay Tat.

Sudah jelas keanggotaan Tony Pua dalam PAC umpama duri dalam daging kepada Parlimen dan rakyat.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) harus mencari dalang yang turut bersama Tony Pua berkomplot cuba menggulingkan kerajaan melalui penipuan dan konspirasi oleh anggota PAC sendiri.

Kertas siasatan harus dibuka dan kita berharapkan ahli lembaga siasatan tetdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman penuh dalam mewakili pendakwaan dan siasatan.

Diharapkan agar mereka ini tidak terlepas lari hanya disebabkan kesalahan teknikal. Banyak pihak yang sudah mendesak agar siasatan ini dijalankan termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Fuad Zakarshi baru-baru ini.

Maka diharapkan agar pihak berwajib segera mengambil tindakan agar tiada yang terlepas daripada komplot menjatuhkan Perdana Menteri.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Post a Comment

0 Comments