Full Width CSS

Malaysia Komited Hantar Lagi Pegawai & Anggota Polis Untuk Misi Pengaman PBB @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Malaysia berjanji menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Bercakap pada Sidang Kemuncak Pengaman PBB di sini Isnin (Selasa di Malaysia), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan itu akan menjadi sebahagian daripada Polis PBB.
Beliau berkata kumpulan tempur infantri, bersama-sama dengan unit kejuruteraan akan juga dihantar dengan segera membantu misi pengaman.

Najib berkata Pusat Pengaman Malaysia bertempat di Port Dickson setakat ini melatih lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi hos bersama sidang kemuncak pengaman bagi mendapatkan sokongan dan komitmen daripada pemimpin dunia ke arah operasi pengaman PBB yang lebih berkesan.

Najib berkata sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Kumpulan Tentera ASEAN Yang Bersiap Sedia mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana untuk dihantar dengan segera ke kawasan krisis di rantau ini.

Najib berkata sejak 1960, Malaysia telah menyertai 35 misi pengaman PBB melibatkan lebih 29,000 anggota tentera dan polis.

Beliau berkata pada masa ini, pasukan pengaman Malaysia mengambil bahagian di Sahara Barat, Congo, Lebanon, Liberia, Abyei dan Darfur. 

Pengalaman Pasukan Pengaman PBB

Nama Malaysia menyelamatkan nyawa anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama lima anggota lain Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sewaktu mereka ditahan oleh kumpulan pemberontak di Darfur, Sudan.

ASP Mohd Zuhairi Zubir, 38, berkata beliau dan rakan-rakannya seolah-olah tidak mempunyai harapan apabila berada di bawah kawalan kumpulan pemberontak selama enam jam yang menurutnya tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.

Lebih-lebih lagi beliau tidak fasih berbahasa Arab dan hanya mengharapkan pertolongan daripada penterjemah dari misi PBB.

"Saya menerangkan kepada pihak pemberontak bahawa kami datang dari Malaysia untuk membantu dan bukan untuk mencari masalah atau mencari gaduh dengan sesiapa.

"Daripada situ mereka berkawan dengan saya. Mereka sangat-sangat bangga bila mendengar nama Malaysia. Malaysia mempunyai nama yang agak besar di Sudan," katanya.

Mohd Zuhairi adalah antara lapan anggota PDRM yang pulang ke tanah air selepas berkhidmat di Darfur Sudan, dan Sudan Selatan selama 15 bulan bersama pasukan PBB pelbagai negara.

Kumpulan kedua itu disambut Penolong Pengarah Pengurusan (Urusetia) Jabatan Pengurusan PDRM, ACP Abdul Majid Mohd Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.

Jelasnya, walaupun anggota PDRM Malaysia yang menyertai misi PBB agak kecil iaitu 19 anggota di Darfur, dan lima anggota di Sudan Selatan, namun ratanya-rata masyarakat Sudan termasuk kumpulan pemberontak menghormati Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Sementara itu, ketua kontinjen Malaysia, DSP Nor Azlan A Kudus, berkata walaupun tugas misi PBB adalah untuk mewujudkan keamanan, namun mereka tetap mengharungi pelbagai cabaran daripada kumpulan pemberontak sepanjang 15 bulan di situ.

Beliau yang bertugas di Darfur berkata, pangkalan PBB dan kem pelarian seringkali diserang pihak pemberontak, termasuk pada Disember lalu ada serangan besar-besaran ke atas bekalan PBB.

"Pada bulan April juga serangan yang sama ke atas pelarian tempatan di pangkalan PBB. Dalam kes tersebut pihak pemberontak menyerang dan mencerohoh kem di mana terdapat juga pegawai kita, tetapi sempat menyelamatkan diri," katanya sambil menambah Malaysia tetap akan menghantar lagi anggota PDRM sekiranya diperlukan oleh PBB.

Post a Comment

0 Comments