Full Width CSS

Ulasan Terhadap The Star Berkenaan Perhimpunan Baju Merah


Sebelum ini tajuk utama akhbar The Star ialah "Perhimpunan BERSIH 4 berlangsung secara aman". Langsung tidak mempersoalkan kenapa BERSIH 4 mesti diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Juga tidak dipersoalkan kenapa mesti dibuat selama dua hari dan kenapa mesti dibuat di Dataran Merdeka? Begitulah betapa hipokritnya akhbar The Star.

Tetapi semalam bos the Star Wong Chun Wai seolah olah menyindir penganjur dan peserta Perhimpunan Baju Merah "Rakyat Bersatu" supaya memahami makna sebenar tarikh 16 September. Dan lebih menyakitkan hati beliau menuduh perhimpunan baju merah sebagai perhimpunan rasis.

Apakah beliau tidak sedar perhimpunan BERSIH 4 adalah perhimpunan lebih rasis terutama apabila surat khabar Cina banyak membantu DAP mempromosi perhimpunan tersebut seolah olah mengajak kaum Cina keluar beramai ramai menjayakan perhimpunan tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat poster poster dan sepanduk berbaur perkauman diarak semasa perhimpunan BERSIH 4 yang dibawa oleh para demonstran kaum Cina. Kalau Chun Wai mempersoalkan kenapa mesti berhimpun di Low Yat maka dia juga mesti menjelaskan kenapa BERSIH mesti dibuat sebanyak 4 kali di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang melibatkan ramai peniaga kecil orang Melayu

Chun Wai mendesak kalau penganjur BERSIH 4 Maria Chin Abdullah telah didakwa maka PDRM jangan double standard iaitu mesti mendakwa penganjur Baju Merah. Sebenarnya beliau yang double standard kerana tidak mendesak supaya Maria Chin awal awal lagi ditangkap dan didakwa kerana membuat perhimpunan haram BERSIH 4. Atau sekurang kurangnya mendesak kumpulan BERSIH jangan lagi buat BERSIH 5 di hari kemerdekaan dan di tempat larangan di masa depan.

Chun Wai memuji langit orang Cina dan India yang menyertai demontrasi BERSIH 4 kerana berkelakuan baik dan datang seperti satu karnival. Apakah dia mahu mempertahankan tindakan mereka yang memijak potret Najib dan Hadi Awang sebagai "generally acted well"? Apakah membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah itu sebagai satu tamaddun?

Dan di akhbar sama, seorang lagi pencacai the Star Joceline Tan menulis di ruangannya iaitu apakah Orang Melayu sanggup berarak dalam cuaca panas berjam jam seperti kaum Cina yg menyertai BERSIH 4? Pada beliau orang Melayu biasanya hangat hangat tahi ayam bila berdemontrasi.

Justeru kita jangan apologatik dengan provokasi The Star itu. Kita berhimpun kerana kita ada agenda. Agenda kita ialah menentang perhimpunan BERSIH yang mahu menumbangkan kerajaan secara demontrasi jalanan. Kita tidak akan berpatah ke belakang.

AYUH KELUAR BERAMAI RAMAI MENJAYAKAN PERHIMPUNAN BAJU MERAH "RAKYAT BERSATU".

Tarikh : 16 Sept 2015 
Masa : 3 Petang
Tempat Berkumpul : Bukit Bintang / Pavilion, Petaling Street, SOGO & Masjid Negara

Post a Comment

1 Comments

  1. HMM adalah rentetan daripada sikap kurang ajar peserta BERSIH yg kononnya sebuah NGO yang ternyata adalah satu pertubuhan yg mendapat pembiayaan pihak Tranparency International. Tujuan mereka adalah untuk menimbulkan huru-hara di negara ini.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..