Full Width CSS

Zainal Abidin Cabar Khairy Gantung Segera FAM, Jangan Banyak Bunyi Je


Isu berkaitan kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin hangat diperdebatkan apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu bakar digesa bertindak segera menggantung badan induk bola sepak negara itu.

Gesaan itu dikeluarkan Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia yang juga Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan.
Beliau mencabar Khairy menggantung FAM dalam tempoh satu minggu ini berikutan kenyataan menteri itu selepas pencapaian memalukan skuad bola sepak negara kebelakangan ini.

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri itu merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

"Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantunglah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

"Saya sebagai seorang yang sudah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, selaku menteri beliau tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tidak baik selaku menteri.

"Kami mahu menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal," katanya lagi.

Zainal Abidin turut menegaskan sepatutnya Khairy mencari perkara yang lebih baik untuk membangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan yang tidak membantu perkembangan sukan itu. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Bunyik plak Abg Z..diam udah ler

    ReplyDelete
  2. pandai cakap ja menteri ni..tak tahu dan tak buat apa2 pun. ada kuasa sikit..

    ReplyDelete
  3. aikk .. bang jenal panas ni apa hal ...
    gantung FAM pun bukan penutup pintu rezeki jenal oii ...
    duit.tanah dah banyak .... gunakan lah
    boleh la bawak sekali pemain simpanan Pahang yang bergaji 30k sebulan tapi tak pernah main tu belajar jadi petani moden ...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..