Pihak konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) sepatutnya sedar akan kelemahan utama mereka setiap kali waktu puncak. Setiap hari pengguna terpaksa menempuh kesesakan menuju ke Plaza Tol Datuk Keramat.
Baik pada waktu pagi mahupun sebelah petangnya. Seakan tidak berkesudahan permasalahan warga kota Kuala Lumpur ini. Memang ya, AKLEH hanya secebis antara ribuan laluan yang terdapat di Kuala Lumpur dan tidak terkecuali daripada mengalami kesesakan walaupun tujuan pembinaan awalnya untuk mengurangkan kadar kesesakan di Jalan Ampang.
Antara punca utamanya adalah pengguna Smart Tag semakin bertambah.
1. Sepatutnya lorong Smart Tag ditambah daripada 2 lorong kepada 3 atau 4 lorong.
2. Tak perlu letakkan staf atau RELA di atas lebuhraya untuk kawal lalu lintas. Lagi bertambah sesak sebenarnya.
3. Laluan Tambah Nilai patut ditambah kepada 2 lorong. Dapat mempercepatkan pergerakan kenderaan.
4. Pihak konsesi tidak boleh memberi alasan masalah tersebut masih dalam kajian. Alasan tu dah tidak boleh digunapakai.
5. Kini pengguna membayar sekurang²nya RM2.50 untuk melalui lebuhraya tersebut kerana nak cepat. Kalau pengguna tak kisah dengan waktu perjalanan, baik guna Jalan Ampang kan.
6. Lorong tol paling kiri sekali harus dibuka dan dibenarkan motorsikal dan kenderaan kecemasan saja melaluinya. Laluan sikal pun boleh sesak dan kadang² menjadi punca kesesakan kenderaan lain kerana mengganggu lalu lintas.

Sepatutnya perjalanan pengguna menjadi lancar dan tidak terganggu dengan kesulitan membuat bayaran secara automatik di plaza tol.
Itu belum dikira dengan 'bonus' sesak di hujung lebuhraya pada waktu puncak menuju ke Dang Wangi dan sebelah petang di persimpang ke Jalan Jelatek, MRR 2, Jalan Kerja Ayer Lama dan Jalan Ampang.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..